Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday








oh i miss home :'D
(eh btw this is not my video or my family. den suko donga orang tuo ni bebel muahaha :p)

Thursday, June 9, 2011

Assalamualaikum

Rasa bersalah sebab lama tak update dan ada kerisauan kehilangan pembaca. T___T Honestly, I've been lazy and I procrastinate a lot. Maaf semua mungkin hari esok lebih baik dari hari ini ceh tetiba. 


Bye!

Tuesday, May 24, 2011

Coco Mademoiselle

Assalamualaikum..

Alhamdulillah harini hari yang baik. Hujan yang ada turun sikit harini antara tanda rahmat dari Allah yang tak putus-putus. Chewah puitis sangat harini :) 

Sebenarnya happy allowance dah masuk! Macam tahu-tahu je poket ni dah kering, sobs :-') Tapi bila ada duit, mata pun mula lah melilau bukak Ebay dan tengok barang-barang pujaan hati hehe. Setakat ni berkenan dua benda;

novel

and eos lip balm 
Murah je. Dua-dua ni bawah 10AUD. So tak lama lagi jadi milik akulah mereka ini hee ^__^ Dan oh, adik aku akan balik bercuti semester Jumaat ni so YEAY ini bermakna I can Skype with my family soon! 

Oh,dan berkenaan tajuk entry, aku sebenarnya banyak habiskan masa tadi belajar pronounce famous brand names eg. Salvatore Ferragamo, Hermes, Chopard dan Coco Mademoiselle. hihihi. Alright, biar aku ajar korang sebut Coco Mademoiselle.   

Coco Mademoiselle = măa-mwä-zĕl / ma mua sel. Kat iklan dia sebut pelik gilo den tak paham -___-' Aku dengar 'mam mua lelle' huhu T__T

cer ce tengok video dia. Ada Keira Knightley hehe :D


Bye!

Sunday, May 22, 2011

Day 2 — Your favorite movie

Assalamualaikum...


Ape khabar korang.. :) Mintak maaf sebab malas update.. Sebenarnya tengah ada masalah sekarang.. jadi rasa terganggu sikit nak update..tapi janji dengan aku jangan bagitau mak aku okay? shhhh...yeayy semua baik. :)


Sebenarnye aku tak berapa suka sangat tajuk challenge harini sebab rase so cliche and so booooringgg. haha! ampunnnn semua tapi aku tulis je lah. At least korang semua tahu ape favourite movie aku.ke korang tak kesah pun?? sobs.


Erm,bila cakap pasal favourite movie je, yang mesti mesti mesti terlintas di otak aku adalah dua ini. Yes dua ini sahaja. Sebab masa kecik yang dua inilah aku suka ulang-ulang tengok dekat komputer dan aku hafal lagu-lagu dia. Tapi sekarang tak dah tak ingat ler -____-'




Korang pernah tengok cerita ni? Serius best. First sebab hero dia perempuan dan diorang berdua are so independent and brave. Walaupun aku bukan feminist, tapi aku suka sebab diorang tak typical geli-geli(read:gurly) type yang buat aku geleman. tapi sekarang aku gedik dan gurly je uolls buahahaha. 

Second sebab dua-duanya ada kaitan dengan family. Anastasia ni mencari family dia yang terpisah waktu istana diorang diserang hendap oleh kuasa jahat muahahaha. And Mulan ni pulak menggantikan tempat ayah dia pergi ke medan perang. Tapi cerita dua-dua ni sweet dan kelakar jadi sila lah tengok. :)


SO, itu sahaja buat hari ini dan thank you semua for reading! Kalau rajin komen la sekali. And share korang punye favourite movie. I really appreciate that :)
Err,tak taayang beg baru pun.. hohoho :p




Bye!

Saturday, May 21, 2011

Persediaan Winter (Sebelum Tidur)

Assalamualaikum~


Hai uollss hai uolls! Sebenarnya mood sungguh baik despite beberapa siri unfortunate event yang rahsia T__T. Alkisahnye sekarang di Aussie(Australia),  suhu semakin rendah, maka makin sejuk dan menggeletarkan. Walaupun saya penggemar cuaca dingin, namun kedinginan kali ini agak mencemaskan. Cemas kerana ramai yang hidung berdarah la, sakit dada, sakit paru-paru... aku dah ler ade asma jadi tak ke cuak?? :(


Maka persediaan untuk malam hari kali ini lebih handal dari tahun sebelum. Barang-barang ini sangat diperlukan ketika winter, lelebih lagi masa malam sebelum tido maka dapatkannya sebelum terlambat -___-' Dan oh. saya tak pakai heater sekarang sebab bil mahal time winter jadi harus menjadi gadis tradisional sekarang.


1. Gloves


Senah dan Jenab. Tapi jangan tanya mana satu Senah dan mana satu Jenab sebab aku pun tak hengat..hoho


2. Hot Water Bottle


Sesuai diletakkan dalam tilam supaya tilam berasa hangat dan selesa. Tapi kehangatan dia tak tahan lama. Tapi harga berpatutan :)


3. Electric blanket


Aritu nampak yang murah dekat katalog rumah. 20dollar tapi tak sure kat mana. hu tapi electric blanket ni senang rosak so kurang berbaloi disituu


4. Thermal wear
Abaikan saiz. Sebab saiz tu tipuuuuu *instateofdenial*

HA, ini aku baru beli semalam tu yang teruja dan mood baik nak update sebenarnye hehehe.. Aku pakai malam tadi sampai sekarang. MEMANG SELESA. Badan rasa hangat je tapi takdo la sampai borpoluh-poluh kan. Tapi description dia memang betul la. Meh aku tunjuk gambar fabrik dia yg aku hamek semalam
Ini belah luar. memang nampak tebal liang2 roma dia. Liang-liang roma yang besar ini untuk bagi lembapan@peluh dari badan senang keluar secara maksimum

Dan belah dalam adalah halus, supaya haba dari dalam tak keluar, and at the same time kadar serapan peluh dia sangat bagus. muahaha sangat bergaya macam promoter aku ni.

Dan korang percaya tak ini adalah SELAPIS? Tapi sangat menghangatkan okey. bessstt gila *pengsan* 



5. Robe
Ini pun okey gak. Tak pun maybe korang boleh pakai baju 4 5 lapis sebagai alternatif. hehe


6. Sleeping bag


Ini lagi mantoppp. Cari yang boleh tahan sampai -10 hingga -30 pun ado tapi makin tahan sejuk makin mahal la -___- . Dan berada dalam sleeping bag rasa bagaikan kepompong. Dan kemudian automatik rasa comel hiks hiks hiks :p
Hai,saya lah kekupu kuang3


7. Makanan
Ini. Demi menebalkan lelemak. Hiks. 


Bye!

Monday, May 16, 2011

dilema Ebay

Assalamualaikum..

Sekarang pukul 4.00 pagi sebenarnya dan aku baru lepas sahur sebab nak puasa ganti tak habis lagi *pengsan sejam*

Ehem. Sebenarnya tengah dilema nak beli sesuatu atau tidak. Aku dah tunggu dekat seminggu tarikh bidding iaitu esok tapi sekarang dilema pulak. Tak tahu samada nak beli atau tak sebab duit dah semakin mengering tapi nafsu makin menggunung Kinabalu (T____T)
Ini la dia benda yang aku nak beli dekat Ebay tu... Perfume Acqua di Gioia... Starting dia baru 25AUD.. Tapi aku takkan beli la kalau bid dah lebih dari 35AUD. Ke aku tak payah beli langsung?? Ahhh! Keliru keliru~~

Sebab nak beli:
1. Wangi
2. Botol cantik
3. Retail price dia 100++ kott
4. Muka model tu macam aku *pangg kena pelempang*
Rasanya muka macam dah sama dah T___T

Sebab tak nak beli
1. .................

Wahahaha tak mau bagi sebab tak nak beli sebab nanti mesti korang discourage aku dari membeli!! 

Byeeee!!!




Saturday, May 14, 2011

kulit kering

Assalamualaikum..

Hello pekabo kome kome semua? Memula harap maaf ampun aku sembah ratu kat korang semua sebab entry sebelum ni sangat lah malas melampau bahahahaaha. Dah la tak tulis ape2.. pastu aku sekalikan Wordless Wednesday dengan 30 Days Challenge dalam satu entry. Tak ke rase bengang sikit disitu? huk3 

Sebenarnye entry ni nak mengadu kulit I yang lembut bak sutera cina dah kering bak padang pasir dah ni T__T semua gara-gara winter. Winter kali ni sejuk gila woo memang sampai tulang kering aku rasa sejuknye. Sekarang,kulit aku kering gila! dan kadang-kadang hidung berdarah. Sape kate duduk obersi indah belaka?? T__T Nasib baik ada abang Palmer ni kalau tak menderita I taww asek menggaru jer hahaha~

Aku pakai lotion, concentrate lotion dengan lip balm dari palmer's ni sebab BEST GILER bau coklat! hehehe. Kalau puasa boleh la bau2 bagi hilang lapar..ohoho boleh ke camtu jang?? Kadang2 aku pakai ni paw paw untuk bibir dengan kulit kering 
Kome sekalian, aku pakai ni sebab ramai gadis-gadis Aussie pakai. Aku ni almaklumlah nak feeling gadis Aussie juge jadi aku pun beli jugak. Okey jugak la kuasa buah paw paw ni. Bau benda ni macam buah betik campur petroleum wakaka semua barang aku bau makanan! kau hado??

Eh korang kalau sesape tengah kesejukan semasa winter ni, toooolong jangan mandi kerap sangat sebab nanti kulit korang boleh jadi kering gila. Dah la air panas sini campur kapur, so tak baik untuk kulit. Mandi lah air sejuk...brrrr dan tolong pakai pelembab religiously. And pakai sunscreen sebelum korang keluar rumah supaya kulit korang sihat walafiat dan pakailah oversize sunnies untuk kelihatan lebih mengada macam saya hins hins hins. 

Hai, biar papa asal bergaya. *pengsan*

Orait, sekian laporan buat keluarga di rumah. :D

Bye!







Cuti dan rezeki

Assalamualaikum~

Hai you ollsss. Alhamdulillah haritu(yo yo o jer haritu padahal baru je tahu harini) blogspot tak boleh bukak apesal ntah. Tapi sekarang dah okey walaupun entry kulit kering aku hilang. TIDAKKKK!!....... bahahahha. Nasib baik hilang, buat malu den yo cito pasal kulit koring. :p
'
Buek apo ekau cito pasal kulit koring jang??

Sekarang jiwa aku tengah tersentap sebentar kerana aku tengah sedih. Hahaha. Kesedihan orang mempunyai berbeza-beza sebab dan juga mempunyai berbeza-beza tahap. Kesedihan aku sekarang ni adalah tahap tiga. Hai ahli matematik pleaseee jangan persoalkan nombor yang saya terterakan sebentar tadi sebab saya buat andaian sahaja....... (-_____-')

Dan tak lama lagi musim cuti dan masing-masing dah bergembira membuat plan untuk berjalan-jalan dan bergumbira. Ada yang pergi New Zealand, ada yang pergi Tasmania, and ada yang balik Malaysia! Ni yang aku tahu la, mungkin jugak ada yang pergi Gold Coast ke? Yang penting, berjalan-jalan adalah menggembirakan..
Kitorang pegi shoppingggg~ kau hadoo?

Berdasarkan perenggan di atas, maka boleh lah dikatakan bahawa kesedihan tahap tiga aku kali ini berkaitan dengan cuti. Aku tak ada plan(ada tetapi sungguh imposibble (sambil feeling2 nyanyi lagu Shontelle)) malah juga belum ada rezeki. Maka datanglah kesedihan iteww. Kerana hari-hari cuti itu mungkin hanya akan terisi dengan bermain game di laptop, singgah di gym, dan berjalan di Macquarie Centre untuk try perfume dan balik. 

Dan aku sayu sebenarnya bila orang kata"Takpe Farah, at least duit kau tak habis macam kitorang sebab kau duduk rumah jer" sebab walaupun duduk di rumah sahaja, duit tetap bergerak jugak huwaaaa aku memang malang sangat ke dengan duit ni (T_T) Dan satu lagi sebab ialah, pengalaman berjalan-jalan di tempat orang iteww adalah berharga dan tak ternilai dengan wang. Dan aku bukan yang terpilih untuk merasa pengalaman iteww. Mungkin aku lebih serasi tinggal di desa. Adoi merapu dah bahahaha *sambil kesat air hingus hins hins hins* 

Semoga hati aku terus bersabar dan semoga aku kuat semangat. Kalau kita tak reda dengan ketentuan Dia, nanti kita boleh dianggap tak bersyukur, lupa diri, etc etc. Jadinya, sila sentiasa tersenyum dan bersyukur..dan semoga kesusahan dan kesakitan itu buat jadi penghapus sedikit dari dosa-dosa aku :']  

Entry ini perlu penutup tapi apa lagi yang perlu aku tulis. Erm..... in conclusion, marilah ramai-ramai peluk aku kemudian tampo lelemak aku beramai-ramai supaya aku cepat kurus. 
Tidakkkk jangan tampo aku kuat-kuat!!

Bye!

Friday, May 6, 2011

Happy Birthday Kesayangan :)

Assalamualaikum..

Harini adalah hari istimewa buat insan istimewa dalam hidup aku. Ada lah beberapa tahun kenal. Dalam tempoh perkenalan kitorang macam-macam yang kitorang tempuhi.. dalam beberapa tahun ni jugak lah banyak yang berubah, sama ada dari buruk kepada yang baik, atau yang baik kepada yang lebih baik :)

Perkenalan pertama kitorang bermula dari bilik maktab yang kecik dan berdebu tuh. Waktu kitorang masuk, memang banyak giler habuk pastu mak masing-masing pun mula bercerita. Rupanya kitorang berdua ni dua-dua ada asma. Dan hadiah pertama yang aku dapat dari dia adalah ubat gegat untuk almari kayu buruk tuh haha. Awal-awal kitorang tak berapa bertegur sapa, almaklumlah aku kan pemalu dulu buahahaha~ lagipun budak ni garang, bila aku pandang dia jer dia pekik "Ape pandang2??" Serius kau garang weh, rasa nak cabut bulu-bulu kaki kau masa kau tengah tido hahaha.

Tapi kau comel amat. Walaupun kau dah tido lena, kalau tiba-tiba ada member kau call pukul 3 atau 4 pagi, kau boleh bangun and layan diorang berborak sampai berjam-jam. Yang tu siyes aku kagum. Tapi aku lagi kagum bila esoknya kau cakap kat aku kau tak ingat pun kau borak ngan sape (-____-') Lepastu kau ada habit sebelum tido yang super adoooorable tak boleh cerita sebab aku jer boleh tau hahahah~ 

Ingat tak lepas aku kena admit masuk hospital, and lepas kenal sorang lagi kesayangan, kita bertiga terus ngam dan kamcing tak hengat. Kuar same-same, beli perfume sesame, tempah baju raya dengan baju batik pun sesama, punya lah kite sehati sejiwa. Kita siap samakan diri kite dengan Powerpuff Girl lagi, and aku of cos la warna biru tuh sebab aku kan bermata buntang kuang3. Tapi aku masih lagi gadis pemalu.. aku nak bagitahu birthday aku haritu pun aku segan bhahahaha. Waktu first year aku dekat maktab tu, aku ngan roommate aku je tahu sebab.. aku malu nak bagitau orang wuahaha lagipun dulu mana ada Facebook notification lagi hehehe...Pastu time tu aku beli kek dua potong then kau bagi aku patung teddy comel. Kita sambut berdua jer.. huhuhu 

Aku sangat sayang dia. Sebab dia mampu dengar aku mengadu dekat dia walaupun aku selalu ulang benda yang sama. Waktu tu tengah ada boyfriend lain hahaha. So bila aku gaduh jer aku ngadu kat dia, kalau aku tensiong jer aku baring sebelah dia nangis-nangis sebakul dua lepas tu okay. Sampai sekarang pun, aku selalu share cerita-cerita sensasi masa kini dengan dia walaupun sejak aku duduk Aussie ni kitorang dah agak jarang berhubung :'( 

Dan antara sebab aku sangat sayang dekat dia ialah, dia bertemu cinta suci dia, dan dia tak pernah jemu memikat hati aku untuk ikut dia sama-sama rasa manisnya rasa cinta suci tu. Aku suka cara dia, tak memaksa langsung aku berubah, tapi dia boleh buat kau rasa " Weeeyyy best gila! Aku pun nak jugakkkk" Lepas tu aku kagum dengan sifat kasih sayang dia untuk orang adalah sangat telus! Maknanya bila dia sayang, memang dia sayang dan jaga elok-elok  orang tu. Dia tak takut nak tegur kalau dia rasa perbuatan kau salah dan cara dia menegur pun berhikmah. 

Berkawan dengan dia dan lagi seorang ni memang banyak buka minda aku. Diorang banyak memdidik hati aku supaya banyak berfikir untuk orang lain jugak dan bukan jadi drama queen jer hahahaha.

So,

Happy Birthday to You...
Happy Birthday to You...
Happy Birthday to Farisha Assila...
Happy Birthday to You... :)

Aku sayang kau Sha, and aku tak sabar nak balik Mesia nak jumpe pastu golek-golekkan kau hahahaha~ Selamat menempuhi dunia di usia yang semakin berginjak dan semoga sentiasa berada dalam kerahmatanNya...  InsyaAllah...

WOhohoho anak sapo la ni~


Peluk cium dari Sydney oleh,
Yang Pemalu wihihihi

Saturday, April 30, 2011

Sydney 1# Sydney Fish Market

Assalamualaikum~

Korang suka makan seafood tak? Kedai seafood dekat Malaysia kan best giler sebab kau boleh pilih segala jenis hidupan laut kemudian kau paksa pekerja tu masak jadi lauk kegemaran kau kan. Atau mungkin kau pilih lauk yang ada dalam menu sebab kau malas nak fikir banyak dan malas nak pilih ikan sotong bagai lalu kau pun order tomyam campur dengan ikan tiga rasa umphh sedapppnyeww.

Tapi di Sydney susah nak cari satu tempat yang boleh provide makanan macam di kedai seafood di Malaysia. Kalau kau nak tomyam kau kena cari di kedai Thai. Kalau kau nak makan kangkung goreng bercili kena pergi kedai Indonesia. Eh kangkung bukan seafood daa. Namun yang pentingnya disini, memang susah nak menikmati tomyam dan ikan tiga rasa di satu tempat yang sama. 

Buat perantauan di Sydney, tempat persinggahan untuk melepaskan rindu dendam semestinya di Sydney Fish Market! Dekat sini kau boleh pilih seafood kegemaran kemudian kau paksa tukang masak dia masak untuk kau. Atau mungkin kau boleh makan shashimi cicah kicap. Shashimi tu makanan laut mentah rasanya! Makanan style Jepun namanya.   

Macam aku dan rakan--rakan haritu, kitorang bermuafakat membawa berkat untuk share platter for four bernilai 70AUD. Atau RM210 kalau kau rajin convert. Mahal le kalau kau berkira tapi ini pertama kali aku makan so aku tak kesah! Aku nak melemakkan diri dan kau dapat ini!
BESARNYEWW~

Yang ada dalam gambarajah di atas adalah seperti cheese baked oysters, mussels, baby octopuses, fresh prawns, fish fillets, calamari dan fries yang gemuk-gemuk tapi aku suka fries kurus-kurus macam dekat MacDonald sebab rangup.hee
ADA LEMON DENGAN TARTAR SAUCE JUGA~

DENGAN MADU HATIKU AWW~

SEDAP SANGAT!

Favourite aku dalam platter ni semestinya cheese baked oysters sebab sedap gila! Aku kompem nak makan lagi bila elaun masuk nanti tapi kalau aku datang lagi next time aku nak try lobster dengan ketam pulak. Atau kaki raja ketam to be exact.bhahaha. Besar weyy sapa yang tak nak.
MENAMPILKAN CHEESE BAKED OYSTER!

Memang wajib buat penggemar seafood datang sini sebab makanan dia sedap, and portion dia very big. Makanan kat Aussie ni memang semuanya portion besar-besar sampaikan bila aku balik Malaysia kejap aritu rasa macam semua benda dekat Malaysia ni kecik bhahahaha. Erm selain itu, kau boleh lepak-lepak pandang laut sambil makan dan borak-borak hilangkan tensen dengan memember. Tapi dekat area luar banyak burung! Korang kena sentiasa halau kalau tak diorang ngappp makanan korang. 

Selesai kitorang makan haritu, kitorang singgah Darling Harbour tengok sarkis free. Sempat lah  camwhoring sikit-sikit sebelum kitorang decided nak makan Gelato pulak dekat Gelatissimo. Hahaha. Aku share dengan Farhad tapi Aza dengan Azizul makan sorang satu. Habis ler diet korang :p :p 
AYUNYA KAMI BHAHAHA

SEBELUM MASUK KHEMAH CIRCUS
SETUJU TAK MUKA DIA MACAM MUKA BUZZ LIGHTYEAR?
DAPNYER GELATOOO
GELATO YANG INDAH HAHA CAPTION BODO -___-


Akhir sekali kami dengan halobanya singgah Shalom, Restoran Indonesia..untuk makan lagi!! muahaha memang melemakkan diri lah outing harini. Kau mampoo?? hahaha. Kalau dah namanya lidah Melayu, memang nasi tu jadi wajib ler kalau tak dapat makan, rasa tak puas agaknyer..ini pendapat aku lah. 

KEPEDASAN YANG AMAT SANGAT

TAPI SEDAPP...

I LOVE TIME. TAKDE MOTIP -___-'

AZA ALA2 PELAKON SINETRON, JIJUL LENTOK MANJA~

HENSEMNYER FARHAD ngaumm bhahaha

Gambar-gambar cantik diambil oleh AZA and Farhad. Nanti den linkkan yo~ 

Alright, see you next time!

Bye!





Thursday, April 28, 2011

Resepi #1 Salmon Sandwich Recipe

Assalamualaikum

Hai orang kampungku sekalian! Hari ini kita akan belajar cara membuat sandwich yang sihat. Sihat yang kita boleh membahagi kepada dua iaitu sihat yang betul-betul sihat, dan sihat yang "mengembangkan" dan hari ini boleh jadi dua-dua. Sebab dia memang sihat dan boleh menggemukkan kalau kau makan tanpa mengira had laju! 

Maka dengan segeranya marilah kita melihat apakah perkara-perkara wajib dalam mencipta sandwich ini. Layanzzazzz -____-


Salmon Sandwich Recipe

  • Smoked Salmon - boleh goreng atau microwave like 5-10seconds supaya lebih selesa tekak nak meneriamah......okey menerima -___-
  • Butter
  • Lemon/Lime
  • Salad, it can be lettuce, tomato, or spinach ikut selera memasing
  • Ground chillies, cheese spread, avocado, black pepper, garam (optional)

1. Oraiit memula kita buang kulit roti kalau tak suka
Yeahh aku pakai roti wholemeal ni.

2. Lepastu kita sapu butter dengan cermatnyer, pakai unsalted untuk lebih sihat atau pakai marjerin tumbuhan untuk lebih lagi sihat
Kita tepek dia dengan butter ikut suka

Horey, cermat kan? cermat kan?


3. Oh ya, untuk salmon itew pula kita perahkan sedikit lemon atau limau supaya hanyir ikan hilang begitu sahaja. Tapi smoked salmon tak hanyir pun. So, lemon tu akan bagi citrus-y taste lah kegunaanya untuk resepi kita kali ini giteww 
Ini dah goreng sikit uolls.. Bagi rangup2 sikit -___-

4. Kemudian boleh campak ikan itew ke atas roti. Tabur black pepper, ground chilli kalau suka. Garam pula kalau ikan tu tawar. Smoked salmon ini dah masin,so kita ignore garam itew.


5. Campakkan pula sayuran. Kalau ngengade cam aku boleh letak lagi cheese spread tapi nanti jadi masin giler aku tak suka -___- 
Aku pakai salad siap basuh,siap potong daa. malas le katekan

Letak cheese spread sikit tapi jadi masin daa -____-

Siap kemudian belah jadi segitiga!

Macam kat kedai~ ke tak? ahaha


And voila, your healthy breakfast is ready!


Dan sebelum kita ngap makanan itew marilah kita terjah sedikit fakta menarik tentang SALMON ye:

Cara menyebut ikan salmon dalam bahasa inggeris ialah SALMON, with silent 'L'. Maka bunyinya macam ini, SAMMEN atau sam-uhn :D

Ikan salmon merupakan ikan jenis anadromous , yang mana dia boleh hidup di air tawar dan air masin. Selalunya dia akan bertelur di kawasan air tawar dan selebih hayatnya tinggal di air masin. Siapa yang pernah baca tunas sains atau rakan sains masa kecik-kecik dulu mesti pernah terbaca pasal ikan-ikan salmon ni :D 

Ikan salmon terkenal dengan kandungan Omega-3 nya yang berkesan melawan sakit jantung dan membekalkan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan. Muluslah kulit2 uolls kalau makan ikan selalu~ Selain itu, ikan salmon juga is very low in carbohydrate, so sangat sesuai untuk yang berdiet! :D Memang rampiang macam kerenggaq nanti! ahaha

Dan bagi pandangan aku pulak, bila aku makan smoked salmon aku rasa macam otak cerdas sikit bhahahaha -_____-' so aku memang encourage korang makan ikan lelebih lagi ikan salmon :) Tapi jangan la paksa sambil hentak-hentak kaki kat mak kau mintak belikan salmon kalau salmon ni susah nak cari atau maybe korang kurang berkemampuan ye...sebab mahal ler pada aku. Aku beli pun sebab tengah sale T___T Aku selalu makan fish oil jer sebab jarang ooo dapat makan ikan kat sini huhuhu.

Alright, selamat mencuba dan selamat membuat assignment dan meghadapi exam buat sesiapa sahaja!

sekian laporan dari saya Cik Farah agogo!
Bye!