Saturday, May 14, 2011

Cuti dan rezeki

Assalamualaikum~

Hai you ollsss. Alhamdulillah haritu(yo yo o jer haritu padahal baru je tahu harini) blogspot tak boleh bukak apesal ntah. Tapi sekarang dah okey walaupun entry kulit kering aku hilang. TIDAKKKK!!....... bahahahha. Nasib baik hilang, buat malu den yo cito pasal kulit koring. :p
'
Buek apo ekau cito pasal kulit koring jang??

Sekarang jiwa aku tengah tersentap sebentar kerana aku tengah sedih. Hahaha. Kesedihan orang mempunyai berbeza-beza sebab dan juga mempunyai berbeza-beza tahap. Kesedihan aku sekarang ni adalah tahap tiga. Hai ahli matematik pleaseee jangan persoalkan nombor yang saya terterakan sebentar tadi sebab saya buat andaian sahaja....... (-_____-')

Dan tak lama lagi musim cuti dan masing-masing dah bergembira membuat plan untuk berjalan-jalan dan bergumbira. Ada yang pergi New Zealand, ada yang pergi Tasmania, and ada yang balik Malaysia! Ni yang aku tahu la, mungkin jugak ada yang pergi Gold Coast ke? Yang penting, berjalan-jalan adalah menggembirakan..
Kitorang pegi shoppingggg~ kau hadoo?

Berdasarkan perenggan di atas, maka boleh lah dikatakan bahawa kesedihan tahap tiga aku kali ini berkaitan dengan cuti. Aku tak ada plan(ada tetapi sungguh imposibble (sambil feeling2 nyanyi lagu Shontelle)) malah juga belum ada rezeki. Maka datanglah kesedihan iteww. Kerana hari-hari cuti itu mungkin hanya akan terisi dengan bermain game di laptop, singgah di gym, dan berjalan di Macquarie Centre untuk try perfume dan balik. 

Dan aku sayu sebenarnya bila orang kata"Takpe Farah, at least duit kau tak habis macam kitorang sebab kau duduk rumah jer" sebab walaupun duduk di rumah sahaja, duit tetap bergerak jugak huwaaaa aku memang malang sangat ke dengan duit ni (T_T) Dan satu lagi sebab ialah, pengalaman berjalan-jalan di tempat orang iteww adalah berharga dan tak ternilai dengan wang. Dan aku bukan yang terpilih untuk merasa pengalaman iteww. Mungkin aku lebih serasi tinggal di desa. Adoi merapu dah bahahaha *sambil kesat air hingus hins hins hins* 

Semoga hati aku terus bersabar dan semoga aku kuat semangat. Kalau kita tak reda dengan ketentuan Dia, nanti kita boleh dianggap tak bersyukur, lupa diri, etc etc. Jadinya, sila sentiasa tersenyum dan bersyukur..dan semoga kesusahan dan kesakitan itu buat jadi penghapus sedikit dari dosa-dosa aku :']  

Entry ini perlu penutup tapi apa lagi yang perlu aku tulis. Erm..... in conclusion, marilah ramai-ramai peluk aku kemudian tampo lelemak aku beramai-ramai supaya aku cepat kurus. 
Tidakkkk jangan tampo aku kuat-kuat!!

Bye!

2 comments:

  1. Bukan tiada rezeki Farah!!Itu namanya bukan rezeki kita!!!kalau tak ada rezeki maknanya kita dah tak bernyawa lagi dah...tiada rezeki bagi yang tak bernyawa...

    Kenalah redha dan bersyukur, sentiasa!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih nobody's wife.. tu kesilapan bahasa sebenarnya.. dah betulkan ayat dah.. :) insyaAllah nnt Farah belajar jadi lagi bersyukur dan redha. tq~~~ T_T

    ReplyDelete