Saturday, April 30, 2011

Sydney 1# Sydney Fish Market

Assalamualaikum~

Korang suka makan seafood tak? Kedai seafood dekat Malaysia kan best giler sebab kau boleh pilih segala jenis hidupan laut kemudian kau paksa pekerja tu masak jadi lauk kegemaran kau kan. Atau mungkin kau pilih lauk yang ada dalam menu sebab kau malas nak fikir banyak dan malas nak pilih ikan sotong bagai lalu kau pun order tomyam campur dengan ikan tiga rasa umphh sedapppnyeww.

Tapi di Sydney susah nak cari satu tempat yang boleh provide makanan macam di kedai seafood di Malaysia. Kalau kau nak tomyam kau kena cari di kedai Thai. Kalau kau nak makan kangkung goreng bercili kena pergi kedai Indonesia. Eh kangkung bukan seafood daa. Namun yang pentingnya disini, memang susah nak menikmati tomyam dan ikan tiga rasa di satu tempat yang sama. 

Buat perantauan di Sydney, tempat persinggahan untuk melepaskan rindu dendam semestinya di Sydney Fish Market! Dekat sini kau boleh pilih seafood kegemaran kemudian kau paksa tukang masak dia masak untuk kau. Atau mungkin kau boleh makan shashimi cicah kicap. Shashimi tu makanan laut mentah rasanya! Makanan style Jepun namanya.   

Macam aku dan rakan--rakan haritu, kitorang bermuafakat membawa berkat untuk share platter for four bernilai 70AUD. Atau RM210 kalau kau rajin convert. Mahal le kalau kau berkira tapi ini pertama kali aku makan so aku tak kesah! Aku nak melemakkan diri dan kau dapat ini!
BESARNYEWW~

Yang ada dalam gambarajah di atas adalah seperti cheese baked oysters, mussels, baby octopuses, fresh prawns, fish fillets, calamari dan fries yang gemuk-gemuk tapi aku suka fries kurus-kurus macam dekat MacDonald sebab rangup.hee
ADA LEMON DENGAN TARTAR SAUCE JUGA~

DENGAN MADU HATIKU AWW~

SEDAP SANGAT!

Favourite aku dalam platter ni semestinya cheese baked oysters sebab sedap gila! Aku kompem nak makan lagi bila elaun masuk nanti tapi kalau aku datang lagi next time aku nak try lobster dengan ketam pulak. Atau kaki raja ketam to be exact.bhahaha. Besar weyy sapa yang tak nak.
MENAMPILKAN CHEESE BAKED OYSTER!

Memang wajib buat penggemar seafood datang sini sebab makanan dia sedap, and portion dia very big. Makanan kat Aussie ni memang semuanya portion besar-besar sampaikan bila aku balik Malaysia kejap aritu rasa macam semua benda dekat Malaysia ni kecik bhahahaha. Erm selain itu, kau boleh lepak-lepak pandang laut sambil makan dan borak-borak hilangkan tensen dengan memember. Tapi dekat area luar banyak burung! Korang kena sentiasa halau kalau tak diorang ngappp makanan korang. 

Selesai kitorang makan haritu, kitorang singgah Darling Harbour tengok sarkis free. Sempat lah  camwhoring sikit-sikit sebelum kitorang decided nak makan Gelato pulak dekat Gelatissimo. Hahaha. Aku share dengan Farhad tapi Aza dengan Azizul makan sorang satu. Habis ler diet korang :p :p 
AYUNYA KAMI BHAHAHA

SEBELUM MASUK KHEMAH CIRCUS
SETUJU TAK MUKA DIA MACAM MUKA BUZZ LIGHTYEAR?
DAPNYER GELATOOO
GELATO YANG INDAH HAHA CAPTION BODO -___-


Akhir sekali kami dengan halobanya singgah Shalom, Restoran Indonesia..untuk makan lagi!! muahaha memang melemakkan diri lah outing harini. Kau mampoo?? hahaha. Kalau dah namanya lidah Melayu, memang nasi tu jadi wajib ler kalau tak dapat makan, rasa tak puas agaknyer..ini pendapat aku lah. 

KEPEDASAN YANG AMAT SANGAT

TAPI SEDAPP...

I LOVE TIME. TAKDE MOTIP -___-'

AZA ALA2 PELAKON SINETRON, JIJUL LENTOK MANJA~

HENSEMNYER FARHAD ngaumm bhahaha

Gambar-gambar cantik diambil oleh AZA and Farhad. Nanti den linkkan yo~ 

Alright, see you next time!

Bye!





Thursday, April 28, 2011

Resepi #1 Salmon Sandwich Recipe

Assalamualaikum

Hai orang kampungku sekalian! Hari ini kita akan belajar cara membuat sandwich yang sihat. Sihat yang kita boleh membahagi kepada dua iaitu sihat yang betul-betul sihat, dan sihat yang "mengembangkan" dan hari ini boleh jadi dua-dua. Sebab dia memang sihat dan boleh menggemukkan kalau kau makan tanpa mengira had laju! 

Maka dengan segeranya marilah kita melihat apakah perkara-perkara wajib dalam mencipta sandwich ini. Layanzzazzz -____-


Salmon Sandwich Recipe

  • Smoked Salmon - boleh goreng atau microwave like 5-10seconds supaya lebih selesa tekak nak meneriamah......okey menerima -___-
  • Butter
  • Lemon/Lime
  • Salad, it can be lettuce, tomato, or spinach ikut selera memasing
  • Ground chillies, cheese spread, avocado, black pepper, garam (optional)

1. Oraiit memula kita buang kulit roti kalau tak suka
Yeahh aku pakai roti wholemeal ni.

2. Lepastu kita sapu butter dengan cermatnyer, pakai unsalted untuk lebih sihat atau pakai marjerin tumbuhan untuk lebih lagi sihat
Kita tepek dia dengan butter ikut suka

Horey, cermat kan? cermat kan?


3. Oh ya, untuk salmon itew pula kita perahkan sedikit lemon atau limau supaya hanyir ikan hilang begitu sahaja. Tapi smoked salmon tak hanyir pun. So, lemon tu akan bagi citrus-y taste lah kegunaanya untuk resepi kita kali ini giteww 
Ini dah goreng sikit uolls.. Bagi rangup2 sikit -___-

4. Kemudian boleh campak ikan itew ke atas roti. Tabur black pepper, ground chilli kalau suka. Garam pula kalau ikan tu tawar. Smoked salmon ini dah masin,so kita ignore garam itew.


5. Campakkan pula sayuran. Kalau ngengade cam aku boleh letak lagi cheese spread tapi nanti jadi masin giler aku tak suka -___- 
Aku pakai salad siap basuh,siap potong daa. malas le katekan

Letak cheese spread sikit tapi jadi masin daa -____-

Siap kemudian belah jadi segitiga!

Macam kat kedai~ ke tak? ahaha


And voila, your healthy breakfast is ready!


Dan sebelum kita ngap makanan itew marilah kita terjah sedikit fakta menarik tentang SALMON ye:

Cara menyebut ikan salmon dalam bahasa inggeris ialah SALMON, with silent 'L'. Maka bunyinya macam ini, SAMMEN atau sam-uhn :D

Ikan salmon merupakan ikan jenis anadromous , yang mana dia boleh hidup di air tawar dan air masin. Selalunya dia akan bertelur di kawasan air tawar dan selebih hayatnya tinggal di air masin. Siapa yang pernah baca tunas sains atau rakan sains masa kecik-kecik dulu mesti pernah terbaca pasal ikan-ikan salmon ni :D 

Ikan salmon terkenal dengan kandungan Omega-3 nya yang berkesan melawan sakit jantung dan membekalkan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan. Muluslah kulit2 uolls kalau makan ikan selalu~ Selain itu, ikan salmon juga is very low in carbohydrate, so sangat sesuai untuk yang berdiet! :D Memang rampiang macam kerenggaq nanti! ahaha

Dan bagi pandangan aku pulak, bila aku makan smoked salmon aku rasa macam otak cerdas sikit bhahahaha -_____-' so aku memang encourage korang makan ikan lelebih lagi ikan salmon :) Tapi jangan la paksa sambil hentak-hentak kaki kat mak kau mintak belikan salmon kalau salmon ni susah nak cari atau maybe korang kurang berkemampuan ye...sebab mahal ler pada aku. Aku beli pun sebab tengah sale T___T Aku selalu makan fish oil jer sebab jarang ooo dapat makan ikan kat sini huhuhu.

Alright, selamat mencuba dan selamat membuat assignment dan meghadapi exam buat sesiapa sahaja!

sekian laporan dari saya Cik Farah agogo!
Bye! 

Wednesday, April 20, 2011

Tak Tahu

Assalamualaikum


Hati. rasa. sedih. sangat. 


1. Baru tahu pasal orang buat taktik linkkan diorang punya says.my atau churp-churp dekat shout box. Aku tahu dari blog .Aku man Yusoef. Best blog ni, informative tapi bila tahu pasal ni, ntah ler aku rasa sedih kot. Macam terdesak sangat je orang macam ni. Aku ada contoh lebih kurang macam ni: masa aku naik bas dekat puduraya dulu, tetiba ada mamat datang dengan satu kotak air and makanan. Dia main pass2 kat semua orang. Aku ni duduk belah belakang, bila aku tengok semua ambik,aku ingat complimentary lah sebab mamat tu pun cakap "ambiklah"". Aku pun ambik satu kotak air teh bunga. Kemudian dia turun kejap. Bila dia naik balik, tup tap dia mintak duit sorang-sorang. Air kotak aku tu 4ringgit! Bila ada orang nak pulangkan balik, dia tengking-tengking. Dah la dekat makcik yang dia tengking tu. So kau boleh relate tak kejadian shout box ni dengan cerita aku? Kau bagi kebahagiaan sementara kat blogger dengan puji-puji dia pastu kau caj pujian kau. pffttt. Nasib baik aku tak pernah kena, tapi kalau ada yang buat kat aku, aku tenyeh korang ngan cili burung. -____-' tak baik tau buat orang camtu, kalau puji biarlah ikhlas dan berpada......dan tidak ada caj dalaman.grr


2. Kemudian, aku sangat hargai follower aku. And call me naive tapi aku memang anggap orang yang komen dan follow blog aku adalah orang yang baca cerita-cerita aku dan puji blog aku sebab blog aku menarik di mata korang. Terima kasih banyak. Tapi ada suatu ketika ni (aku tak berapa ingat) Aku bukak blog someone ni. Dia komen dekat entry Fatin Liyana yang ini . Aku pun bukak lah, aku pun explore lah blog dia. Erm menarik jugak lah. Bila tengok shout box dia (Shout box lagi!) Aku pelik. Aku tengok lagi dua tiga kali. Eh makin pelik.... Kenapa shout box aku dekat sini? Oh okey bukan. 


Nak tahu? Rupanya orang tu punya shout box ni dikomen oleh orang-orang yang same komen di shout box aku. Dan semuanya pada sela masa yang lebih kurang sama, dan totally ayat sama. Aku tak kisah pun korang blogwalking blog orang, tapi bila korang kopipes je ayat korang tu di semua blog, aku RASA TERTIPU. kah3, mati-mati aku ingat blog aku memang menarik dan nice whatever sebab tu ada yang tulis "nice blog" la..ape la.. tapi semua tu pada aku adalah, MEMANCING FOLLOWER BARU. So ni aku nak cakap sikit, aku berterima kasih sangat-sangat kalau korang baca blog yang ini,tapi 1st tolong jangan paksa aku follow balik blog korang. And tolong jangan nak puji kate best la, nice la, comel la kalau tak betul pun,sebab nanti aku syok sendiri terus feeling artis bhahaha. 


Dan aku akui, aku bukan jenis blogwalking tapi aku memang akan bukak satu-satu blog yang komen dan tinggalkan jejak dekat blog aku. TAPI aku akan follow yang mana aku memang tertarik jer. Kalau aku tertarik,memang entry dia dari yang tahun 2006 pun aku sanggup baca tau. Nak menggambarkanlah betapa sukanya aku kalau memang aku tertarik kat blog seseorang  -____-'. 


Ntahlah sedikit sebanyak aku ada sedikit kecewa kot. Sebab aku bukan kejar follower sangat, iklan pun aku belum letak, sebab aku harap orang yang baca blog aku dan follow aku ikhlas membaca kot. Dan sayang aku kah3 gila kurang kasih sayang kau mek.... Emm buat yang betul-betul ikhlas iteww, I love you lah! Yang tak berapa ikhlas tu, balik dan renung2kan lah. Apa lah yang korang gila kentangkan pasal follower korang. Kalaupun followers adalah penting, tapi aku pelik la ada yang sampai menangis bila follower dia kurang seorang. Kitew tadew hak taw nak halang minat orang, kalaw owunk bowing bacew blog kowunk, orang pun tamaw la follow kowunk dahhh~  Eyyyy rasa nak...err....rasa nak tonyoh cili burung kat mulut sewndiri aww. T____T


3.Assignment aku tak siap lagi. Kalau la entry ni assignment aku, dah lama siap dah ni. haha.


p/s: Mintak maaf pada sesiapa yang kecil hati. Maybe aku dah tua(kah3 padahal baru 12 taww -_____-) so aku berjiwa sentimental sikit bhahah  tapi aku memang ingat azam dan niat sebenar aku berblog; aku nak buat catatan diri, belajar dari apa yang aku lalui, dan enjoy menulis. Aku juga nak blog aku bermanfaat untuk orang lain; menggembirakan orang lain, informatif tapi bukan dengan linkkan aku churp-churp korang k (nampak cili burung ni?)  Kalau korang berblog demi duit, follower dan fame, maybe korang kena slow2 dulu kot, bina sikit2 base dia baru korang start bina puncak. Macam aku jugak la sekarang, aku nak jugak semua tu tapi slow and steady la bebeh :) Bila follower korang semua sayang, korang pun tak payah risau diorang lari ke hape, and kita pun kena lah work hard supaya orang nak stay dengan kita. All the best okay semua and marilah kita naik sama-sama dengan cara yang betul~ miahaha 


Entry menyusul : Resepi Smoked Salmon Sandwich 




Bye! 

Monday, April 18, 2011

Nando's Inspired Lunch

Assalamualaikum..


Harini hari yang biasa tapi aku luar biasakan sedikit supaya lebih menggembirakan. huwe huwe. Mula-mula aku bangun lambatlah  awal supaya boleh buat assignment sedikit lalu teringat "oh ada follow-up dengan Dr.Sue Knott pada pukul 1.45 petang." Maka aku bertolaklah dari rumah pada pukul 1.43 petang. Jarak dari rumah ke medical centre adalah 10minit kalau berlari, dan 15minit kalau berlenggang kangkung. Kenapa gerak lambat? Hurm saja nak kelainan bhahaha. 
Berjumpa doktor haruslah memakai bunga.

Selesai follow-up, aku bergerak ke kafeteria untuk microwave Encik Ben sebentar. 
Yep, this is Encik Ben, my lunch. 

Namun disebabkan kecintaan aku kepada Nando's di Australia adalah tinggi, aku belilah Encik Ben ni. Lalu kemudiannya aku mendapat idea untuk meng'rock'kan Encik Ben aku supaya lebih sedap dan berlemak miahaha. 
Yea I reach Portugasm everytime I went there bhaha

And this is my favourite, Chicken Paella! 

And so I was inspired by this bad bad boy.. 

Step pertama, singgah ke Oporto. Yang terkenal dengan ayam marinade dan burger Bondinya yang lazat. Lalu pergi ke kaunter dan order quarter chicken yang bernilai 4.98AUD ala carte beserta sos Chilli.


This is the chicken (I've added the rice)

And my favourite sauce!

Licinnn~ haha

So what you have to do is, pour the sauce on the rice and mix well. There you have it! An inspired-and-so-good Chicken Paella! And it only cost me around 7AUD instead of 15AUD for the Chicken Paella at Nando's but the latter is much better lah kan! And the rice I used to make this one is Mexican fried rice while Nando's is Portugese. (Well to be honest I don't really know the difference, I need to study Geography more) But since Halal Nando's is 15minutes away from Macquarie Centre, I have to think of another way to fulfill my craving towards Nando's food and this is how I do it!  

Then I went to Boost to grab a smoothie.
Very big I must say. And recyclable. Bagus kan? 
My Berry'd in Chocolate smoothie. A mixture of cocoa powder, dark chocolate flakes, strawberry, sorbet and ice. Quite okaylah. 
And got this sparkling card. After 10 times beli from Boost then I can get one for free. Coolness.

And finally Farhad came, and we went to the cinema, browsing and decided to watch SCREAM4. Well, it was quite good, considering that I was really horrified till the end but Farhad said the show was boooringgg. -_____-' Will rate the movie 3.5 from 5 stars. Cliché but still enjoyable. Dan suka hari ini sebab berjaya meluar biasakan dari biasa kalau tak, bangun,makan dan tidur. mehehe :D 

Menyampah rasa nak lempang tengok muka ni

p/s: Farhad kata cerita Scream4 ni adalah cerita komedi, and so I totally believe in him, rupanya mak datuk cerita horror. Rupanya dia confused dengan cerita Scary Movie. Ada kau rasa nak cubit pipi dia sampai menggelebeh tak? -______-'

Bye!  

Thursday, April 14, 2011

Entry yang Bakal Menyusul

Assalamualaikum

Kah3 adakah korang perasan sesuatu? Ye betuuuullll, entry kali ini adalah entry tak munasabah namanya. Tapi just nak share apa yang aku plan nak persembahkan kepada followers dan silent readers kesayangan aku <3 hai korangggggs! Sayang korang ketat-ketat k, kalau lelaki pulak sayang longgar-longgar sikit almaklumlah aku kan  sudah berpunya.... -____-'

Oh ya, tadi aku berpindah dah. Akan stay sampai hujung tahun dengan junior aku yang MatKool semuanya. Maksudnye diorang memang kool gilak dan sangat baik. Kebetulan ada Nisa dan Iwa (member satu batch) lepak rumah ni tadi so diorang tolong-tolong aku kemas barang. Uwaaa thank you korang. Sekarang rasa penat giler, sampai menangis-nangis hingus meleleh dekat Iwa dengan Nisa. Adik-adik yang lain hanya mampu memandang Kak Farah mereka menangis hiba. Maaflah akak korang ni memang Drama Queen sangat. T___T 

So tajuk akan datang adalah ini (tidak mengikut order ya) :

  • Mari Memasak Kung Pao Chicken Farah's style
  • Mari Melihat Farah Makan Smoked Salmon
  • Mari Melihat Aktiviti Farah Sepanjang Cuti
  • Mari buatkan Assignment Farah
  • Mari Rasa macam Farah akan lupa dan malas nak tulis semua ni
  • Mari Melempang manja Farah beramai ramai sampai dia kurus

So sila nantikan ye. Aku nak edit balik blog ni bagi ceria sikit dah la header puding mangga tak lawa langsung tapi rasa MasyaAllah sedap. Lepas aku siap assignment ye. Thank you korang. Sister hugsss~ (Lelaki-lelaki sila tengok dari tepi sahaja)


Bye!




Wednesday, April 13, 2011

quack quack (quick update)

Assalamualaikum! 

Harini dan hari-hari sebelum aku rasa bersalah sebab lama sangat aku tinggalkan blog kesayangan ni. *Tangan di dada,mata ke atas* Eh betul2 ni rasa bersalah

Reasons meninggalkan arena blog buat sementara :

  • Aku pindah rumah yang tak best, so mood untuk membebel jadi kurang, kalau membebel pun akan penuhlah dengan carutan -____-' 
  • Aku kurang idea nak tulis apa
  • Seminggu lebih aku kena ear infection/otitis externa. Jadi aku meringkuk guling-guling "bergembira" atas katil~ wihuu. (Aku akan cerita next time pasal sakit ni. Penting okay uolls demi masa depan sejagat~
  • Orang lain sibuk buat assignment, aku sibuk tidur sebab sakit. Sekarang semua pergi holiday, aku baru nak start enjin buat assignment :( 
Mood:
  • Very sensitive. Masa aku meringkuk atas katil tu pun, adoi bunyi nak macam dalam penjara haha. Erm masa sakit sangat aritu aku bukak jugak Facebook(FB) and rasa cemburu sangat tengok orang jalan-jalan. Nak pergi cheer member dan ehem ehem masa hari sukan haritu pun tak boleh sebab takut telinga berdesing T__T 
  • Very-very sensitive: Hari Jumaat haritu lagi dah start cuti Easter. Harini dah Rabu. Aku baru nak start buat assignment nih. Aku dah rugi seminggu cuti. Pastu 16hb yakni hari Sabtu aku kena pindah rumah sebab kitorang kena blacklist! Okey tipu, kitorang nak pindah MUV  .wihihi. So aku kena siap-siap pindahkan barang, cuci cermin,tandas vacuum sume~ Disebabkan ada seminggu je lagi, aku tak de plan gi memana pun macam orang lain. Ahahaha~
So please people, tolong jangan tanya or sebut pasal cuti atau nak buat muke gembira baru-balik-dari-percutian depan aku sebab kompem aku menangis macam Nyonya Mansor..................Ampunkannn akuuu KASEEMMMMMMM T____________T

P/s : Aku gurau je lah. Aku nak gak tahu cerita gembira korang dari percutian korang tapi kena ada hadiah la sebarang dua.pffttt!!demanding sungguh.

Oh ye lagi satu, korang hati-hati okek dengan kes Pengumpul Gambar Awek Bertudung yang macam hakptuii. Tak sure sama ada dah hilang atau belum. Tadi try cari dah tak jumpe dah. Tapi bahasa diorang memang kurang ajar tahap mega. Kalau korang tak careful,nanti gambar korang kena upload pastu ada caption alien ini. (Ke aku yang tak tahu maksud dia ape?)
Behe behe behe -___-'

Bye!