Saturday, December 11, 2010

Dia hebat :')

Hai~ (guna nada Community Channel). Korang kenal tak community channel or Natalie ni sape? Aku memang minat sangat2 dekat dia. Dia antara Youtuber yang famous la jugak dan dia punya location dekat Sydneyyyy!! Aku harap sangat ley jumpe and amik gambar dengan dia pastu ley hantar dekat video dia. Dia ni, seriously funny tak boleh blah. Bak kate kawan aku Shameen, she deserves to be a stand up comedian and she should be given her own talk show. Lawak dia natural giler and tak lame macam aku (aku sedar diri r) So ni aku bagi link ke channel dia so korang pandai2 la check it out ea :D 

So berbalik kepada cerita asal, aku sebenarnya nak cerita menganai seorang jejaka yang aku kira boleh dikatakan hebat la, at least di mata aku.. sebab dia bukannya selebriti mahupun komedian :D

Aku kenal dia dah lama la jugak..banyak kenangan masa kecik dengan dia..nak kata cinta monyet pun bukan jugak..kitorang ni monyet-monyet boleh la... hehe..  Dia ni, dari kecik aku dah consider dia hebat dah. Contonhnya, pada zaman dulu2 masa komputer baru wujud di mata dunia, Pak Lang aku antara yang agak awal la ada komputer di rumah dan aku dengan dia ni selalu la pakai komputer Pak Lang aku ni. Nak dijadikan cerita, dia ni muda sikit dari aku, so aku selalu la perasan bijak sikit dari dia sebab orang tua kan selalu kata, orang tua lagi banyak makan garam! So aku yakin la aku ni bijak. haha (angkuh..angkuh...) Tapi, despite his young age and his cute baby face, (kerana baru berumur 5 tahun plus plus) dia boleh on dan off komputer sendiri dan dah pandai serba serbi termasuklah berchat di MIRC (ala2 kampung chat) walhal aku ni nak on komputer pun aku blur. OK, korang mesti tengah gelakkan aku tak pun buat muka jelik sambil kening angkat sebelah kan sebab aku tau aku hakikatnya slow learner.huh -__-'

Seterusnya, dia kini membesar sebagai jejaka yang handsome walaupun hati aku tak dup dap dup dap pun kat dia...hahah.perlu ke?? Dalam proses tumbesaran atau pembesaran dia, dia memang sentiasa excellent dalam almost semua aspek. Akademik dia beb, aku tak payah cakap la, straight A je sokmo. Even dia SPM dulu pun dia dapat straight A lantas melayakkan diri dia ke Universiti yang hebat! Dia pun aktif jugak dalam Orchestra (kalau tak silap aku la) dan position dia ialah pemain flute. Wallah, kacak gila la!heeee.... Kadang2 tu aku ade dengar jugak dia main basketball and main bola walaupun wallahualam aku tak tau sebenarynya dia kaki bangku ke hape kan. haha. Walau bagaimanapun la kan, aku cukup bangga la dengan dia ni. Sekarang dia tengah menunggu masa nak fly ke Jepun selama 4-5 tahun dan of course aku akan sentiasa rindu dia. Even sekarang pun aku rindu sampai bengkak2 mata aku nangis tau tak mase tengah tulis ni! T_T

So kat sini aku nak letak la sikit gambar2 dia....

hai, sape kata fashion Abu Bakar Ella tak IT. Tengok saya menggayakannya dengan macho~ fuhh


Orang lain cahayo kua kek muko, den kek leher den haaa... Amik kau

Kau nak menawan hati wanita, buat la pose macam ni.

Bila la rombongan meminang I nak sampai...


tadaaaa.. sekian al maklumlah cerita ini adalah tentang adik aku, Muhammad Affan bin Othman... Ketahuilah bahawa kakakmu sangat berbangga denganmu. Walaupun cerita hidup kitorang tak la tragik sangat macam cerita Abang dengan Adik Perempuan  tu.. korang tau tak cerita dia? Ada dekat majalah Mastika ni.. aku pun dah ingat2 lupa dah cerita ni tapi ni lebih kurang la ceritanya ye. Alkisahnya begini, nak aku cerita ke? Okey camni2... Cerita mengenai kakak dia yang dah nak kahwin, lepastu dapat surat dari adik lelaki dia bahawa dia tak dapat datang ke majlis kahwin kakak dia. Adik dia banyaakkkk sangat berkorban untuk kakak dia ni dan buat macam2 untuk kebahagiaan kakak dia..contohnya, kakak dia pernah ambik duit 50sen dari poket seluar ayah dia sebab nak beli sapu tangan ke hape ntah... Pastu ayah dia mengamuk and tanya sapa yang amek. Waktu tu, azan Subuh pun berbunyi.. eh bukan.... waktu tu adik dia yang mengaku salah instead of kakak dia. Akibatnya dia kena rotan berdas-das. And macam2 lagilah pengorbanan adik dia ni. Punca dia treat kakak dia baik gile adalah, waktu dia dengan kakak dia nak ke sekolah, kasut dia rosak, tapak tertanggal dari kasut so kau bayangkan lah sendiri ea..... pastu kakak dia dengan baiknya  pakaikan kasut kakak dia dekat kaki adik dia dan kakak dia berkaki ayam and otw ke rumah tu berdarah-darah kaki kakak dia sebab pijak batu kaca paku semua kakak dia pijak. Okey tipu. Start dari tu, adik dia terharu dengan kasih sayang kakak dia and dia memang bertekad akan jaga kakak dia baik2 sampai la dia mati. And dia tak dapat datang majlis kawin kakak dia sebab dia sakit dah nak habis hayat... :'(

Aku tacing gler bace weh, sedu sedan segala....ok3, berbalik kepada cerita asal, aku akui aku tak la sebaik kakak dalam cerita tu, tapi aku memang sayang dekat adik2 aku dan aku harap aku boleh jaga dan bagi kasih sayang secukupnya dekat diorang berdua.. kakak sayang korang!!!!And korang kena tau r, life kakak korang tak best mane pun kalau korang ingat life kakak korang ni syiokkk and happy je memanjang... Kakak pon banyak khilafnye dan manusia biasa jer :') kadang2 kakak yang cemburu kat korang berdua tau3!!

okey sebelum aku malu sebab buat post jiwang, aku bye dulu. BYEEEEEEEEEEEEEEEEEE~~~~~~


p/s : Yayah tunggu sikit aa, nanti kakak buat post Yayah pulak. Nasib baik ada dua adik je, Kalau tak berbelas post aku kne buat untuk adik adik adik adik adik aku.hahah

Friday, December 10, 2010

Getting Started

you must agree to the terms and conditions below.
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....

*cannot be loaded*

*It's too awesome for you*
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
ok tipu


HUAAAARGHHH! terkejut tak? Ok, ni dah kali ketujuh blog dibuat, LITERALLY ye. Punca post2 sebelum ni dibuang dan di'banned' adalah kerana... Firstly, mestilah sebab it's tooooooo awesome lah for you readers! ok tipu lagi..sebenarnya...rasa sungguh la kebudak-budakan post zaman dahulu kala. Antara contoh terbaik adalah (tak berkaitan dengan mana-mana pihak berkenaan) post emo, bukan emoticon..ok lame.hahaha! (dah la lame pastu gelak sendiri -___-') dan post pasal relationship yang tak menjadi or senang cerita la kan, things that are meant to be private and confidential terutamanya yang boleh mengaibkan pihak lain... Bukan ape, bila belek post2 dulu, rasa tak boleh terima pemikiran secetek dulu, kemudian mula la rase malu dengan diri sendiri tapi tak sedar-sedar diri haihh tapi at least I know I am developing and mula sedar diri sikit2....hehe....

Randomness : Selipar kena gigit dengan rabbit liar. huh

Okey, so maybe aku akan kelihatan sungguh berbeza di dunia nyata kerana di luar alam maya, aku sangat lah pendiam dan suka bersendirian..not!kalau kurang rapat dengan aku, memang aku ni jadi kurang bercakap sebab ade awkward feeling gitu tapi bila dah feeling2 lame sikit, memang korang sayang kot kat aku walaupun perangai aku ni, segala rempah ratus cukup! masin, manis, pahit, masam, kelat semua ada! Walau bagaimanapun, thank you (sambil tunduk hormat ala-ala bertegur sapa dengan orang Jepun) kepada manusia manusia terbaik yang aku sungguh sayang yang menerima dan selalu mengingatkan diri aku yang senang alpa dan lapar ini... :')  

Antara kawan paling tegar aku la ni. Kitorang sungguh la berbeza tapi hati sama warna :') Gambar ni masa hantar aku kat airport nak fly meh.



Ni kawan tegar aku dekat bumi asing ni. Semoga kami berdua sama2 kuat dalam menempuhi cabaran tidak shopping dan malas belajar. heheh. ha, blog budak tegar ni best tau, meh tengok meh kat sini

So tujuan blog dibuat, adalah untuk me'record' pengalaman dan berkongsi rasa dan resepi dengan korang, which I don't know who you guys are, sebab aku tak rasa ada orang perasan blog kusam aku. Mungkin lepas ni ceria sikit kot ada ramai orang. Tak pun aku dengan segan silunya akan menjemput rakan taulan melihat blog baru aku. Woah malu giler! -___-'

Wah gembiranya dah ada blog! (tiba-tiba excited)

Hmm, sape sebenarnya aku? Briefly, aku student yang sedang menuntut dekat Macquarie University, Sydney yang jarang-jarang pergi library tapi suka ke kafe makan Pide dan Mexican food. Okey, too much information. Aku bukan part-time model and student yang meleps dan famous macam Fatin Liyana, blogger yang aku kadang2 baca (padahal selalu...dio orang kampung den wei, harusla den sapot kannn...) atau Hanis Zalikha yang lansing dan lampai, aku ni langsung tak bersusuk ramping dan jelita tau. Aku biasa-biasa (read=gemuk), suka bermalas-malasan dan suka makan. Aku buat blog ni pun bukan sebab nak ikut trend, tapi aku memang nak buat blog! aku memang nak sangat2 buat blog tapi aku asyik delete!! okey ter'emo' sekejap....

Randomness again! Bersama kak Wani yang shempoi and Aza yang shenget. Cantik kan gambar ni? Boleh tengok dekat sini. Gambar2 cik abang ni sungguh la awesome dan meleps so jemput melawat ye~

Tapi serius ni, memang nak buat blog sebab nanti anak cucu aku boleh la kenal nenek dia masa muda macam mana kan....hehe... lepas tu aku nak rekod pengalaman hidup aku di bumi Australia ni, peluang tak datang bergolek so kenalah hargai dan ingat pengalaman kita kan! so cara aku adalah dengan berblog la kan, sambil-sambil tu korang pun boleh la menimba pengalaman jugak! Lepas tu, aku nak share la nasihat ke, ingatan ke yang tak semestinya ditujukan kepada anda, ye anda sape lagi andalah malah aku juga kan... berapa banyak 'kan' daa......... :D

So, jangan la hampa kerana aku tau blog aku tak awesome seperti yang korang expect. Sebab tu la aku bagi nama "Almost Awesome". Aku sedar diri yang aku ni baby jagung lagi (perasan comel dan kecil sangat kannnn....), so aku akan terus belajar dan belajar sampai la aku boleh tukar title blog aku jadi "Awesome". Fulamak, feeling giler.hahah.

Okey sampai sini dulu setelah beribu-ribu words aku tulis, aku buat esaimen pun tak selaju ni hokek. K lah, bye..... Kita tutup dengan tasbih kifarah dan Surah Al-Ashr, Surah ke-103. Amin.. Assalamualaikum..