Sunday, March 27, 2011

What are Words?

Assalamualaikum..

Today I came across this video through a blogger which I can't remember who and this song really touched my heart. The song was about his fiancée who suffered from brain injury after an accident, and from this song, it shows how strong his love for her by keeping what he had said to her before. I weeped like crazy when listening to this song! T_______T

This song has also made me realise of how words that are spoken or written can really affects some people either in good way or bad. Thus, I want my readers to get something from this blog, not just plain entertainment or cheap laugh. mehehehehe (example of cheap laugh -___-') 

Let's listen to this song people :) and below the video, I have attached the lyrics which I got from here :)



Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight

And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I'm forever keeping my angel close

p/s : Today is actually his fiancée's birthday, you can wish her to get well soon and happy birthday here :)


Bye!

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour

Assalamualaikum

Hai. Sekarang aku sedang menikmati keindahan malam, angin yang sepoi-sepoi bahasa dan segelas air lemon suam. Dan lebih istimewa, hari ini seluruh dunia menyambut Bumi Sejam atau Earth Hour. hoho

Masa dekat maktab, masing-masing akan tutup lampu bilik dan koridor, kemudian kami bertandang ke bilik rakan-rakan untuk berbual atau ada yang akan ke Kafe mami untuk candle light dinner. Best gile T_T. Tahun ini dan tahun sudah aku di Sydney dan yep, mana-mana pun lebih kurang sama jer.hehe.. 

Walaupun sambutan ini tiada dalam budaya masyarakat Melayu, sambutan ini tidak memudaratkan malah membantu bumi untuk 'sejuk' sebentar. Just imagine how many amount of electricity and heat can you save during this one hour :) So, jom lah tutup lampu dan alatan elektrik anda untuk sebentar, tapi kalau yang tengah winter jangan la tutup heater nanti beku -____-' 

Bingung tak tahu nak buat apa kejap lagi? The Globe and Mail site suggests 60 things that you can do during Earth Hour. It's here :)

Me, I just lean on my chair, drink a cup of warm lemon drink and look at the sky :) (wahaha aku bunyi orang dewasa sangattt xD) 

Bye!

Thursday, March 24, 2011

Tiada jalan singkat

Assalamualaikum

Sebagai pengejar gosip terhangat, isu paling semasa sudah semetinya mengenai cubaan pelajar membunuh diri. Pelajarkah? Namun menurut sumber yang boleh dipercayai, (click sini) dia dikatakan pelajar lepasan SPM yang kuchiwa dengan result dia yang baru keluar itew. 



Walau siapa pun dia, tindakan mengemo seperti ini adalah SALAH. Cukup salah. Semoga ambil iktibar kepada sesiapa pun termasuklah yang kecewa dengan keputusan SPM mereka. Sayang, hidup kamu baru setahun jagung, dan dunia yang kamu lihat masih kecil. Siapa tahu hidup kamu lebih baik bila kamu melangkah ke fasa baru?  

Jika niat membunuh diri ada dalam diri kamu2, ingat dekat orang yang lahirkan kamu, yang cari rezeki untuk suapkan makanan ke mulut kamu, yang tak izinkan satu nyamuk pun singgah ke kulit kamu. Memang la ibu bapa pasti kecewa kalau korang tak berjaya, tapi tu bukan tanda mereka tak sayang kamu lagi. Ibu bapa pun sila ambil iktibar. Jangan la buat anak2 anda emosional dan buat anak tertekan gilo2 k. -____- 

Bye.

Wednesday, March 16, 2011

Hobi 2 3 tahun lepas.

Assalamualaikum


Harini hari yang damai tanpa assignment. Tapi bila takde assignment boring pulak. Achewah, macam la sayang sangat dekat assignment tu, time assignment ada setiap masa mencarut eh mencoret dekat dia. T__T 

Harini nak carita hobi dulu-dulu. Masa duduk dekat maktab dulu, aku sangat lah gemar edit gambar sampaikan Farhad yakni orang kesayangan tertarik nak ikut serta. Kini, aku penganggur tegar manakala Farhad masih dengan hobinya cuma sekarang dia dah ada DSLR dan berlemon-lemon lenses T__T sungguh-sungguh sangat dia tu okay. Tapi sedia maklum semua bahawa Farhad Daud bukan nama asing lagi di arena pengambaran, atau lebih tak asing lagi di hati saya ehem pelempang kang. Maka silalah berususan eh berurusan dengan dia dan menjengah blog dia kat sini

Sekarang marilah jengah gambar yang aku edit dolu-dolu. Eh menyampahnya Farah ni tak reti eja tapi almaklumlah saya kan bakal guru, sementara ni mahu berfoya-foya dengan bahasa sebelum jadi lebih serius T__T
  
Masa melawat adik dekat PLKN. Haruslah kita dress up mengikut tema di kem
Kalau ni cover girl secret recipe memang orang tak jadi datang. Bye! T_T
Marilah pura-pura macam ada lesung pipit
Buat-buat sakit mata?
Farhad macam hero Hindustan?
Farah: (dalam hati) eh ada taik gigi camno den nak sound nih
Aku lah trend setter shawl sebelum Hana Tajima lagi. -___-'
Ala-ala Yoona SNSD ado? Nan hadoo 
Dalam train :D 
Muka mahu pergi ber@*
Life in technicolor. 

Harap ampun atas kegedikan gambar. 

Bye!

















Monday, March 14, 2011

Aku bukan aku!

Assalamualaikum

Harini maybe entry akan berekor-ekor kerana aku ada mood nak merapu sampai pengsan. Aku nak bagitahu aku ada low self esteem yang tinggi maksimas. Antara contoh dan sebab low self esteem

1. Aku tak berapa bright (tak pintar -____-)
2. Aku takut nak order barang dekat kedai makan atau tanya apa2 dalam English sebab takut salah 
3.Aku tak cantik manis. Juga tak berapa ayu dan sopan
4. Aku malu sebenarnya mentulis . Beberapa bulan nanti mungkin blog ni macam magic tetiba hilang dari pandangan korang T_T
5. Aku juga ada issue dengan berat badan dan saiz.
6. Aku ada juga isu-isu semasa yang lain tapi buat ape cita sume kat korang? Mengaibkan diri tahap cipan lah jawabnyer kalau aku wat gitu.

Bila aku low self esteem, aku akan jadi defensive. Bila orang tanya masa aku tengah makan aiskrim contohnya, "Eh sedap ke eskrim tu?" Aku mula la terfikir camni "Eh awat aku makan lahap sangat kah?? Nak cakap aku gemuk lah tu" Jadi mulah emosi tak menentu dan hala tuju hidup mula berpinar-pinar. Kah3. Malang betul orang yang dekat dengan aku. So silalah pergi jauh-jauh sebelum hidup anda terganggu dengan saya. Eh kejap 'aku' kejap 'saya'. Belum apa2 lagi emosi dah tak tenteram T___T

Namun tahun ini saya positif. Cuba untuk buka buku baru. Saya buat azam tiap2 tahun tapi satu pun liat nak buat. Tapi tahun ni aku tekad. Azam pertama mestilah mententeramkan emosi dengan menggunakan "aku" instead of "saya" adehh T__T 

Siapa kata aku tak serius?

1. Aku praktikkan cakap English dengan kawan aku sorang nih. Sejujurnya, dia memang faktor utama aku makin confident cakap in English walaupun dulu main hentam kromo je. Dia ni cool giler sebab dia guna English jer hari2 tension aku. Tapi sebenarnya English memang first language dia pun, so nak tak nak guna bahasa Inggeris lagi ideal walaupun dia berkemampuan juga dalam Bahasa Melayu. Thank you Shameen! I owe you a lot~ Nanti jom g Nando's dengan San Churro's hari-hari. Eh kau gila hari-hari? 

2. Aku register for gym and fitness classes. Dengan matlamat sihatkan badan. Seksa sangat k bila kau nak fokus dalam kelas pun tak berupaya tau. Aku nak stay up study pun aku tak larat. Sebab tu dulu selalu tidur je T____T Nak berjalan jarak jauh pun aku dah semput. Dulu aku memang sakit. Aku kurang darah. Kurang darah=kurang oksigen=otam lembob. So yang memperkecilkan aku, aku sedang sedaya upaya baiki diri aku. Jangan la benci aku sebab aku tak berapa pandai dan tak berapa nak bagi idea dalam group discussion. kah3 tetiba sangattt..  :)

3. Aku tak berapa yakin dengan penampilan diri. So aku seksakan jugak muka aku dengan bedak setepek dengan eyeliner beberapa stokes supaya aku nampak lebih cantik di mata aku sendiri. Aku rasa yakin nak jumpa orang macam ni. Aku ingat dulu aku malas nak pergi open house rumah budak2 cohort sebab masa tu muka bermasalah dan bermisai eh gilo apo. So bila orang kondem kata aku macam opera cina, memang aku break down lah kejap sebab ni source keyakinan aku. :) Aku sedar aku tak berapa nak manis, pipi pun tak boleh nak blushing sebab selalu muka ni kuning jer. Ahahaha. Sekarang aku bergaya ikut keselesaan. Pakai seluar kembang-kembang, pakai skirt, pakai BB cream. Semua untuk jadi lebih percaya dekat diri sendiri. Dan manalah tahu aku jadi Hana Tajima Dua. lalalalalala~

4. Aku juga tekad untuk simpan blog ni supaya aku tau ape yang aku dah lalui dan semoga pengalaman lagi mematangkan diri aku. Kadang-kadang bila baca entry yang lama-lama dekat blog lama, aku jadi malu sendiri sebab rasa cetek sangat pemikiran masa tu. Kah3. Sekarang maybe dah matang sikit lah kot sebab dah reti masak sendiri kalau tak dulu makan pun mak suap.Kuang3. Tipu jer.

Erm, korang mesti bengang jer sebab apelah aku ni nak low self esteem sangat. Cam @!$%# jer. Orang lain pun banyak masalah gak. Banyak sakit itu ini gak.

Eh, biarlah aku nak kepuasan diri sendiri jugak. Aku dah penat mengikut cakap orang dan serik jadi orang lain demi nak jadi seorang 'kawan' kepada orang-orang yang aku rasa tak layak bergelar orang pun. Inilah antara sebab aku jadi defensive. 

Jujurnya, aku punya childhood tak berapa nak begemerlapan pun macam orang lain. Tapi aku syukur sangat sebab family aku aman bahagia cuma aku takde kawan jer. Kebetulan dapat pulak aku nak kawan dengan orang yang salah. Diorang pulak bukan nak kawan dengan aku, diorang 'menggunakan' aku jer habis-habisan. Aku follow je diorang, diorang suruh amik gambar diorang je, aku memang jadi kuli batak jer. Ada tu nak kawan dengan aku semata-mata nak pakai buku teks aku jer. Lepas habis kelas siap dia tarik tudung aku sebab nak togelkan aku depan orang ramai. 
 
Dan ada sekali bila aku dah ambik sijil PMR. Tetiba ade sorang ni call. Dia ajak aku pergi sekolah. Dia kata ade orang nak buat reunion. And dia kata ramai yang bertanyakan aku dan rindu dekat aku. Walaupun aku dah pergi sekolah tu aritu (sebab ambil sijil) aku ikut la jugak dia pergi walaupun agak jauh dari rumah aku sebab aku fikirkan orang yang rindu nak jumpa aku tuh. Rupa-rupanya, dia takde orang teman dia pergi sana and aku orang yang paling terdekat untuk dia pakai. Okey fine takpelah aku leh lagi teman dia g sana. Pastu baru aku sedar rupanya takde sapa pun nak jumpe aku. And orang yang ada time tu semuanya classmate dia. Aku time tu takde sape pun borak dengan aku and aku ni dah lah jenis tak mesra sangat, kau bayangkanlah aku datang sia2 jer.

Hah. Tu cerita bodoh jer tapi ada banyak lagi benda-benda yang macam gam****  diorang buat dekat aku and aku tahankan. Korang tak yah lah tahu lebih-lebih lah eh :D Tapi disebabkan pengalaman diri aku lah yang buat aku memang berdesing telinga kalau orang buli orang lain yang lagi lemah. Boleh jadi orang tu memang poyo, atau dia nerd, atau dia low self esteem macam aku tapi korang tak ada hak nak cakap yang buruk-buruk pasal orang tu atau gunakan orang tu sebagai bahan lawak korang. Korang ingat korang tu bagus sangat ke? Hey mati nanti pun korang masuk dalam tanah yang sama dengan orang yang korang hinakan tu tau... So siapa lagi hina sekarang?

Minta maaf kalau pendekatan aku sangat kasar. Tapi aku nak menusia2 yang ada sifat macam ni supaya muhasabah diri sikit jer. Jangan lah sentiasa mendongak ke langit, nanti terpijak tahi baru nak gelabah. Terimalah peribahasa buat sendiri aku. Kah3. Dan aku minta maaf kalau entry kali ini sangat menyakitkan hati atau mungkin tak kena citarasa korang. Atau maybe ada yang faham perasaan aku sebab kita senasib ke? Kah3. Aku je lah kot yang paling malang. Aku yang paling kesian. Kah3. sarcasm di situ.

Tapi aku mengaku jugak lah aku punya ego yang tak berapa kuat dan aku ni lemah semangat sikit. Aku mengaku ada kawan aku yang marah kata aku childish, mula2 aku bengang jugak tapi aku terima sebab ada betulnya jugak. Aku banyak kekurangan itu tak dinafikan. Dan entry ni bukan entry tarik simpati langsung. Saja nak share cerita dari mata si mangsa buli. Manalah tau boleh jadi filem ke? Eh tak boleh ea Afdlin Shauki? Okey fine Afdlin tak mahu guna cerita aku. Kah3. 

Bye!
 


Monday, March 7, 2011

dilema XL

Assalamualaikum..

Harini tertekan membuat assignment yang berjumlah 500 patah perkataan. Walaupun 500 umpama isi ayam di celah gigi, namun esok aku ada kuiz Jepun yang mampu merongakkan gigi-gigi aku sekelip mata T_T  Kenapakah contoh emosi aku sekarang banyak disamakan dengan gigi adakah mungkin kerana gigi bongsu aku sedang tumbuh dan membesar dengan baik maka haruslah ingat selalu kepada Johnny (nama gigi bongsu aku) achewah. 
pak cik ni emo. tapi betol gak kan?

Lalu bila tertekan mulalah membuka almari dapur berulang-ulang kali walaupun tak capai apa-apa, yang penting bukak jer. Bukak jer ye, tak makan pun walaupun hati meronta mahu mi goreng basah dalam almari itu hoi sedapnyer dan bila masa pula ada orang letak mi goreng basah dalam almari? dan sejak bila pulak rumah ni ada mi? ah khayalan tahap tiga betul  T_T
sape kata tak sedap? cecita cecita sket?


Dan juga bila try baju yang dibeli dari Rozelle market dengan harge yg murah itu tak boleh zip, ye tak boleh zip ye terus rasa nak nyanyi lagu ziana zain madah berhelah. Kemudian tengok pula rumet tersayang try baju dan skirt cantik-cantik yang aku dah berkenan sangat-sangat masa shopping haritu tapi tahu tak mampu nak sarung ke badan seksa aku, terus jeles nak kurus juga. ahhhh T__T 
kak ziana ber'abaya'. chantek!


So, bila si XL sedang mode buat assignment, beliau


  • suka makan
  • suka baring sambil dengar lagu
  • suka melalak sampai gegendang telinga sendiri rasa sakit dan seksa
  • suka jeles dengan tiba-tiba. ahaha.
  • suka takde mood dengan pakwe sendiri. cian farhad T_T


K bebeh, I want to continue doing my assignment. Wish me the best and yeahhhh, I feel better pouring these words out from my head. Dan semoga aku kurus, tetiba. Walaupun perut senantiasa lapar.
say yeyeaahhh!!


bye! 





Thursday, March 3, 2011

madu untuk...........

Assalamualaikum


Harini entry simple tapi best untuk................................


ahaha..suke bebeno aku ni nak buat surprise kan... heishhh......bako..kite bako jer farah ni! Ahaha, tapi tolong la jangan bakar aku betul-betul T__T . Erm sebenarnya harini nak cerita kebaikan madu untuk...................


PANG! Ambik kau pelempang! mukadimah punye panjang. Okey..tarik nafas....hari ini segmen MADU UNTUK MUKA! YES MADU UNTUK MUKA!!
Google ajer


Seperti yang kita maklum, madu banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita. Madu boleh digunakan untuk memanaskan badan, makan satu sudu dan tadaaa! badan kau pun panas. Juga sesuai untuk orang yang mencari ikhtiar untuk penyakit asma, boleh campur madu dengan telur ayam mentah sebijik. Aku pernah jugak makan camni, tapi sekali je la seumur hidup T_T


Tapi before aku balik Malaysia untuk holiday haritu, aku sempat la guna madu ni untuk muka aku. Yeppp, aku dah cek dekat internet and memang ramai sangat orang yang dah try buat mask dari madu so aku terus cuba!


So firstly, biar aku cakap ape kelebihan dan kekurangan dia okey. Kelebihan dan kekurangan madu ni berbeza kepada setiap individu. Ada yang betul-betul serasi, ada yang tak. 


Kelebihan:

  1. Jerawat kau cepat matang. So dia cepat pecah :D
  2. Melembabkan muka
  3. Mengelakkan jerawat tumbuh pada kemudian hari
  4. Boleh dimakan

Kekurangan:

  1. Melekit, so korang boleh rasa rimas sebab tak selesa
  2. Kadang-kadang, time tengah pakai tu lah muka nak gatal. Nak garu pun rase tak best 
  3. Ada yang tak sesuai, so jerawat naik instead of berkurangan
So, ni apa yang berlaku pada aku, so aku bagi kelebihan dan kekurangan from my point of view. And aku wajib bagitahu korang ni, PAKAI MADU ORIGINAL. Jangan pakai yang dah proses sebab antara punca muka jadi lagi teruk adalah sebab pakai yang dah tak asli. 



Method untuk pakai

  1.  Lumur dekat muka. :D 
  2. Atau sapu pada tempat yang ada jerawat sahaja
  3. Atau bagi yang lebih kreatif, boleh mix madu dengan yogurt, kemudian tambah oat untuk pekatkan campuran tadi supaya tak meleleh dari muka. Kemudian sebelum cuci, boleh la scrub pelan-pelan muka. See, dua dalam satu! Mask and scrub! :D 
Got it from Google. See how happy she is when using this honey facial mask :D


Finally, semoga muka korang makin ayus dan cantiks. Aku berkongsi aje pengalaman diri. Sekarang aku dah tak pakai, tapi sebenarnya before ni aku pakai 3 4 hari je pun. And aku memang suka sangat! Kalau ada side effect yang aku tak tahu, silalah bagitau aku k! :D 

Bye!

Tuesday, March 1, 2011

oh patutlah

Assalamualaikummmm...

Hai harini mood baik dari biasa. Tapi tak tahu mengapa. Mungkinkan Lecture Japanese dari Miss Christie hari ini sungguh menghiburkan hhati atau mungkin hhari ini hari pertama minggu tutorial maka hharuslah bersemangat waja lagi gagah. dan gagap.


Harini juga singgah di Macquarie Centre. Tujuannya mestilah mengumpul beg plastik dan demi mengumpul beg plastik, haruslah membeli sebarang dua. Tapi hari ini bukanlah sebarang dua, namun berbarang-barang jadinya. 

hai encik soya 3 liter. selamat masuk ke perut.. :D
hai encik minuman tenaga~

Hari ini juga kuangkat punggungku dan singgah ke The Body Shop untuk membeli perfume kerana ketiak semakin berbau. ewww. tipu jer T__T  Mendapatkan perfume buat diri sendiri, kemudian berniat mendapatkan perfume untuk Farhad. Akhirnya beli Vanilla Vanille untuk dia supaya dia sentiasa berbau biskut, tak payah beli biskut dah lepas ni, ambik bau je cukup kot T_T

hai cik jasmin...

Makanan juga serba enak walaupun cuma microwave oat dengan air. Kemudian hiris ayam tandoori berusia dua hari lepas dan.... NGAP. Sungguh simple tapi sungguh nyam nyam. Tapi tiada gambar untuk makanan ini kena rupa parasnya selepas dimakan Nauzubillah sungguh seram dari Mak Limah. 

tapi rupa sebelum makan waduh2, rasa juga umphhh

Kemudian akhirnya berjumpa jua dengan Farhad. Dia suruh tutup mata lalu kuikutkan sahaja. Aku redha. Ahaha ayat macam pelik. Kemudian rasa ada kotak ditangan kananku. Aduh, debar dihati Allah sahaja yang tahu. Bakal menamatkan zaman bujangkah aku? Oh ayah, oh ibu yabedabeduuu!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
Rupanya.. dapat ini...
omak kau. haruslah pura2 terkejut bila dapat hadiah

biru itu menawan

ewah2. beria nak ambik gambar sisi

hai keluarga baru. say hi to them followers and readerss

hai kawan baru, harini saya akan jaga kamu dengan baik-baik dan pakai kamu dengan sopan. Walaupun status saya masih lagi bujang kerana bukan dapat cincin, namun hati saya sungguh girang. Rupanya baru saya sedar hari ini sudah 2 tahun 6 bulan berkawan baik. Amboi ape punya gadis cantik la kau ni, eniberseri pun tak ingat. kahkah tetiba jadi cantik la sangat kan. 

kan dah kate tak cantik. pastu gedik nak sergah orang. yek huduh prangai 

Patutlah harini semuanya serba baik. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah. Meskipun tahun lepas sungguh memberi tekanan yang banyak, namun tahun ini saya boleh tersenyum lebar. Benar hidup ini umpama roda, ada turun dan ada naiknya. Semoga kegembiraan ini tak buat diri kita alpa. Malah buat kita sentiasa mensyukuri dan menghargai kegembiraan yang kita ada.  

Bye! 

p/s : Farhad, aishiteru yo :)