Showing posts with label Sydney. Show all posts
Showing posts with label Sydney. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

kulit kering

Assalamualaikum..

Hello pekabo kome kome semua? Memula harap maaf ampun aku sembah ratu kat korang semua sebab entry sebelum ni sangat lah malas melampau bahahahaaha. Dah la tak tulis ape2.. pastu aku sekalikan Wordless Wednesday dengan 30 Days Challenge dalam satu entry. Tak ke rase bengang sikit disitu? huk3 

Sebenarnye entry ni nak mengadu kulit I yang lembut bak sutera cina dah kering bak padang pasir dah ni T__T semua gara-gara winter. Winter kali ni sejuk gila woo memang sampai tulang kering aku rasa sejuknye. Sekarang,kulit aku kering gila! dan kadang-kadang hidung berdarah. Sape kate duduk obersi indah belaka?? T__T Nasib baik ada abang Palmer ni kalau tak menderita I taww asek menggaru jer hahaha~

Aku pakai lotion, concentrate lotion dengan lip balm dari palmer's ni sebab BEST GILER bau coklat! hehehe. Kalau puasa boleh la bau2 bagi hilang lapar..ohoho boleh ke camtu jang?? Kadang2 aku pakai ni paw paw untuk bibir dengan kulit kering 
Kome sekalian, aku pakai ni sebab ramai gadis-gadis Aussie pakai. Aku ni almaklumlah nak feeling gadis Aussie juge jadi aku pun beli jugak. Okey jugak la kuasa buah paw paw ni. Bau benda ni macam buah betik campur petroleum wakaka semua barang aku bau makanan! kau hado??

Eh korang kalau sesape tengah kesejukan semasa winter ni, toooolong jangan mandi kerap sangat sebab nanti kulit korang boleh jadi kering gila. Dah la air panas sini campur kapur, so tak baik untuk kulit. Mandi lah air sejuk...brrrr dan tolong pakai pelembab religiously. And pakai sunscreen sebelum korang keluar rumah supaya kulit korang sihat walafiat dan pakailah oversize sunnies untuk kelihatan lebih mengada macam saya hins hins hins. 

Hai, biar papa asal bergaya. *pengsan*

Orait, sekian laporan buat keluarga di rumah. :D

Bye!







Saturday, April 30, 2011

Sydney 1# Sydney Fish Market

Assalamualaikum~

Korang suka makan seafood tak? Kedai seafood dekat Malaysia kan best giler sebab kau boleh pilih segala jenis hidupan laut kemudian kau paksa pekerja tu masak jadi lauk kegemaran kau kan. Atau mungkin kau pilih lauk yang ada dalam menu sebab kau malas nak fikir banyak dan malas nak pilih ikan sotong bagai lalu kau pun order tomyam campur dengan ikan tiga rasa umphh sedapppnyeww.

Tapi di Sydney susah nak cari satu tempat yang boleh provide makanan macam di kedai seafood di Malaysia. Kalau kau nak tomyam kau kena cari di kedai Thai. Kalau kau nak makan kangkung goreng bercili kena pergi kedai Indonesia. Eh kangkung bukan seafood daa. Namun yang pentingnya disini, memang susah nak menikmati tomyam dan ikan tiga rasa di satu tempat yang sama. 

Buat perantauan di Sydney, tempat persinggahan untuk melepaskan rindu dendam semestinya di Sydney Fish Market! Dekat sini kau boleh pilih seafood kegemaran kemudian kau paksa tukang masak dia masak untuk kau. Atau mungkin kau boleh makan shashimi cicah kicap. Shashimi tu makanan laut mentah rasanya! Makanan style Jepun namanya.   

Macam aku dan rakan--rakan haritu, kitorang bermuafakat membawa berkat untuk share platter for four bernilai 70AUD. Atau RM210 kalau kau rajin convert. Mahal le kalau kau berkira tapi ini pertama kali aku makan so aku tak kesah! Aku nak melemakkan diri dan kau dapat ini!
BESARNYEWW~

Yang ada dalam gambarajah di atas adalah seperti cheese baked oysters, mussels, baby octopuses, fresh prawns, fish fillets, calamari dan fries yang gemuk-gemuk tapi aku suka fries kurus-kurus macam dekat MacDonald sebab rangup.hee
ADA LEMON DENGAN TARTAR SAUCE JUGA~

DENGAN MADU HATIKU AWW~

SEDAP SANGAT!

Favourite aku dalam platter ni semestinya cheese baked oysters sebab sedap gila! Aku kompem nak makan lagi bila elaun masuk nanti tapi kalau aku datang lagi next time aku nak try lobster dengan ketam pulak. Atau kaki raja ketam to be exact.bhahaha. Besar weyy sapa yang tak nak.
MENAMPILKAN CHEESE BAKED OYSTER!

Memang wajib buat penggemar seafood datang sini sebab makanan dia sedap, and portion dia very big. Makanan kat Aussie ni memang semuanya portion besar-besar sampaikan bila aku balik Malaysia kejap aritu rasa macam semua benda dekat Malaysia ni kecik bhahahaha. Erm selain itu, kau boleh lepak-lepak pandang laut sambil makan dan borak-borak hilangkan tensen dengan memember. Tapi dekat area luar banyak burung! Korang kena sentiasa halau kalau tak diorang ngappp makanan korang. 

Selesai kitorang makan haritu, kitorang singgah Darling Harbour tengok sarkis free. Sempat lah  camwhoring sikit-sikit sebelum kitorang decided nak makan Gelato pulak dekat Gelatissimo. Hahaha. Aku share dengan Farhad tapi Aza dengan Azizul makan sorang satu. Habis ler diet korang :p :p 
AYUNYA KAMI BHAHAHA

SEBELUM MASUK KHEMAH CIRCUS
SETUJU TAK MUKA DIA MACAM MUKA BUZZ LIGHTYEAR?
DAPNYER GELATOOO
GELATO YANG INDAH HAHA CAPTION BODO -___-


Akhir sekali kami dengan halobanya singgah Shalom, Restoran Indonesia..untuk makan lagi!! muahaha memang melemakkan diri lah outing harini. Kau mampoo?? hahaha. Kalau dah namanya lidah Melayu, memang nasi tu jadi wajib ler kalau tak dapat makan, rasa tak puas agaknyer..ini pendapat aku lah. 

KEPEDASAN YANG AMAT SANGAT

TAPI SEDAPP...

I LOVE TIME. TAKDE MOTIP -___-'

AZA ALA2 PELAKON SINETRON, JIJUL LENTOK MANJA~

HENSEMNYER FARHAD ngaumm bhahaha

Gambar-gambar cantik diambil oleh AZA and Farhad. Nanti den linkkan yo~ 

Alright, see you next time!

Bye!





Monday, April 18, 2011

Nando's Inspired Lunch

Assalamualaikum..


Harini hari yang biasa tapi aku luar biasakan sedikit supaya lebih menggembirakan. huwe huwe. Mula-mula aku bangun lambatlah  awal supaya boleh buat assignment sedikit lalu teringat "oh ada follow-up dengan Dr.Sue Knott pada pukul 1.45 petang." Maka aku bertolaklah dari rumah pada pukul 1.43 petang. Jarak dari rumah ke medical centre adalah 10minit kalau berlari, dan 15minit kalau berlenggang kangkung. Kenapa gerak lambat? Hurm saja nak kelainan bhahaha. 
Berjumpa doktor haruslah memakai bunga.

Selesai follow-up, aku bergerak ke kafeteria untuk microwave Encik Ben sebentar. 
Yep, this is Encik Ben, my lunch. 

Namun disebabkan kecintaan aku kepada Nando's di Australia adalah tinggi, aku belilah Encik Ben ni. Lalu kemudiannya aku mendapat idea untuk meng'rock'kan Encik Ben aku supaya lebih sedap dan berlemak miahaha. 
Yea I reach Portugasm everytime I went there bhaha

And this is my favourite, Chicken Paella! 

And so I was inspired by this bad bad boy.. 

Step pertama, singgah ke Oporto. Yang terkenal dengan ayam marinade dan burger Bondinya yang lazat. Lalu pergi ke kaunter dan order quarter chicken yang bernilai 4.98AUD ala carte beserta sos Chilli.


This is the chicken (I've added the rice)

And my favourite sauce!

Licinnn~ haha

So what you have to do is, pour the sauce on the rice and mix well. There you have it! An inspired-and-so-good Chicken Paella! And it only cost me around 7AUD instead of 15AUD for the Chicken Paella at Nando's but the latter is much better lah kan! And the rice I used to make this one is Mexican fried rice while Nando's is Portugese. (Well to be honest I don't really know the difference, I need to study Geography more) But since Halal Nando's is 15minutes away from Macquarie Centre, I have to think of another way to fulfill my craving towards Nando's food and this is how I do it!  

Then I went to Boost to grab a smoothie.
Very big I must say. And recyclable. Bagus kan? 
My Berry'd in Chocolate smoothie. A mixture of cocoa powder, dark chocolate flakes, strawberry, sorbet and ice. Quite okaylah. 
And got this sparkling card. After 10 times beli from Boost then I can get one for free. Coolness.

And finally Farhad came, and we went to the cinema, browsing and decided to watch SCREAM4. Well, it was quite good, considering that I was really horrified till the end but Farhad said the show was boooringgg. -_____-' Will rate the movie 3.5 from 5 stars. Cliché but still enjoyable. Dan suka hari ini sebab berjaya meluar biasakan dari biasa kalau tak, bangun,makan dan tidur. mehehe :D 

Menyampah rasa nak lempang tengok muka ni

p/s: Farhad kata cerita Scream4 ni adalah cerita komedi, and so I totally believe in him, rupanya mak datuk cerita horror. Rupanya dia confused dengan cerita Scary Movie. Ada kau rasa nak cubit pipi dia sampai menggelebeh tak? -______-'

Bye!  

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour

Assalamualaikum

Hai. Sekarang aku sedang menikmati keindahan malam, angin yang sepoi-sepoi bahasa dan segelas air lemon suam. Dan lebih istimewa, hari ini seluruh dunia menyambut Bumi Sejam atau Earth Hour. hoho

Masa dekat maktab, masing-masing akan tutup lampu bilik dan koridor, kemudian kami bertandang ke bilik rakan-rakan untuk berbual atau ada yang akan ke Kafe mami untuk candle light dinner. Best gile T_T. Tahun ini dan tahun sudah aku di Sydney dan yep, mana-mana pun lebih kurang sama jer.hehe.. 

Walaupun sambutan ini tiada dalam budaya masyarakat Melayu, sambutan ini tidak memudaratkan malah membantu bumi untuk 'sejuk' sebentar. Just imagine how many amount of electricity and heat can you save during this one hour :) So, jom lah tutup lampu dan alatan elektrik anda untuk sebentar, tapi kalau yang tengah winter jangan la tutup heater nanti beku -____-' 

Bingung tak tahu nak buat apa kejap lagi? The Globe and Mail site suggests 60 things that you can do during Earth Hour. It's here :)

Me, I just lean on my chair, drink a cup of warm lemon drink and look at the sky :) (wahaha aku bunyi orang dewasa sangattt xD) 

Bye!