Showing posts with label slice of life. Show all posts
Showing posts with label slice of life. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday








oh i miss home :'D
(eh btw this is not my video or my family. den suko donga orang tuo ni bebel muahaha :p)

Sunday, May 22, 2011

Day 2 — Your favorite movie

Assalamualaikum...


Ape khabar korang.. :) Mintak maaf sebab malas update.. Sebenarnya tengah ada masalah sekarang.. jadi rasa terganggu sikit nak update..tapi janji dengan aku jangan bagitau mak aku okay? shhhh...yeayy semua baik. :)


Sebenarnye aku tak berapa suka sangat tajuk challenge harini sebab rase so cliche and so booooringgg. haha! ampunnnn semua tapi aku tulis je lah. At least korang semua tahu ape favourite movie aku.ke korang tak kesah pun?? sobs.


Erm,bila cakap pasal favourite movie je, yang mesti mesti mesti terlintas di otak aku adalah dua ini. Yes dua ini sahaja. Sebab masa kecik yang dua inilah aku suka ulang-ulang tengok dekat komputer dan aku hafal lagu-lagu dia. Tapi sekarang tak dah tak ingat ler -____-'




Korang pernah tengok cerita ni? Serius best. First sebab hero dia perempuan dan diorang berdua are so independent and brave. Walaupun aku bukan feminist, tapi aku suka sebab diorang tak typical geli-geli(read:gurly) type yang buat aku geleman. tapi sekarang aku gedik dan gurly je uolls buahahaha. 

Second sebab dua-duanya ada kaitan dengan family. Anastasia ni mencari family dia yang terpisah waktu istana diorang diserang hendap oleh kuasa jahat muahahaha. And Mulan ni pulak menggantikan tempat ayah dia pergi ke medan perang. Tapi cerita dua-dua ni sweet dan kelakar jadi sila lah tengok. :)


SO, itu sahaja buat hari ini dan thank you semua for reading! Kalau rajin komen la sekali. And share korang punye favourite movie. I really appreciate that :)
Err,tak taayang beg baru pun.. hohoho :p




Bye!

Saturday, May 14, 2011

kulit kering

Assalamualaikum..

Hello pekabo kome kome semua? Memula harap maaf ampun aku sembah ratu kat korang semua sebab entry sebelum ni sangat lah malas melampau bahahahaaha. Dah la tak tulis ape2.. pastu aku sekalikan Wordless Wednesday dengan 30 Days Challenge dalam satu entry. Tak ke rase bengang sikit disitu? huk3 

Sebenarnye entry ni nak mengadu kulit I yang lembut bak sutera cina dah kering bak padang pasir dah ni T__T semua gara-gara winter. Winter kali ni sejuk gila woo memang sampai tulang kering aku rasa sejuknye. Sekarang,kulit aku kering gila! dan kadang-kadang hidung berdarah. Sape kate duduk obersi indah belaka?? T__T Nasib baik ada abang Palmer ni kalau tak menderita I taww asek menggaru jer hahaha~

Aku pakai lotion, concentrate lotion dengan lip balm dari palmer's ni sebab BEST GILER bau coklat! hehehe. Kalau puasa boleh la bau2 bagi hilang lapar..ohoho boleh ke camtu jang?? Kadang2 aku pakai ni paw paw untuk bibir dengan kulit kering 
Kome sekalian, aku pakai ni sebab ramai gadis-gadis Aussie pakai. Aku ni almaklumlah nak feeling gadis Aussie juge jadi aku pun beli jugak. Okey jugak la kuasa buah paw paw ni. Bau benda ni macam buah betik campur petroleum wakaka semua barang aku bau makanan! kau hado??

Eh korang kalau sesape tengah kesejukan semasa winter ni, toooolong jangan mandi kerap sangat sebab nanti kulit korang boleh jadi kering gila. Dah la air panas sini campur kapur, so tak baik untuk kulit. Mandi lah air sejuk...brrrr dan tolong pakai pelembab religiously. And pakai sunscreen sebelum korang keluar rumah supaya kulit korang sihat walafiat dan pakailah oversize sunnies untuk kelihatan lebih mengada macam saya hins hins hins. 

Hai, biar papa asal bergaya. *pengsan*

Orait, sekian laporan buat keluarga di rumah. :D

Bye!







Cuti dan rezeki

Assalamualaikum~

Hai you ollsss. Alhamdulillah haritu(yo yo o jer haritu padahal baru je tahu harini) blogspot tak boleh bukak apesal ntah. Tapi sekarang dah okey walaupun entry kulit kering aku hilang. TIDAKKKK!!....... bahahahha. Nasib baik hilang, buat malu den yo cito pasal kulit koring. :p
'
Buek apo ekau cito pasal kulit koring jang??

Sekarang jiwa aku tengah tersentap sebentar kerana aku tengah sedih. Hahaha. Kesedihan orang mempunyai berbeza-beza sebab dan juga mempunyai berbeza-beza tahap. Kesedihan aku sekarang ni adalah tahap tiga. Hai ahli matematik pleaseee jangan persoalkan nombor yang saya terterakan sebentar tadi sebab saya buat andaian sahaja....... (-_____-')

Dan tak lama lagi musim cuti dan masing-masing dah bergembira membuat plan untuk berjalan-jalan dan bergumbira. Ada yang pergi New Zealand, ada yang pergi Tasmania, and ada yang balik Malaysia! Ni yang aku tahu la, mungkin jugak ada yang pergi Gold Coast ke? Yang penting, berjalan-jalan adalah menggembirakan..
Kitorang pegi shoppingggg~ kau hadoo?

Berdasarkan perenggan di atas, maka boleh lah dikatakan bahawa kesedihan tahap tiga aku kali ini berkaitan dengan cuti. Aku tak ada plan(ada tetapi sungguh imposibble (sambil feeling2 nyanyi lagu Shontelle)) malah juga belum ada rezeki. Maka datanglah kesedihan iteww. Kerana hari-hari cuti itu mungkin hanya akan terisi dengan bermain game di laptop, singgah di gym, dan berjalan di Macquarie Centre untuk try perfume dan balik. 

Dan aku sayu sebenarnya bila orang kata"Takpe Farah, at least duit kau tak habis macam kitorang sebab kau duduk rumah jer" sebab walaupun duduk di rumah sahaja, duit tetap bergerak jugak huwaaaa aku memang malang sangat ke dengan duit ni (T_T) Dan satu lagi sebab ialah, pengalaman berjalan-jalan di tempat orang iteww adalah berharga dan tak ternilai dengan wang. Dan aku bukan yang terpilih untuk merasa pengalaman iteww. Mungkin aku lebih serasi tinggal di desa. Adoi merapu dah bahahaha *sambil kesat air hingus hins hins hins* 

Semoga hati aku terus bersabar dan semoga aku kuat semangat. Kalau kita tak reda dengan ketentuan Dia, nanti kita boleh dianggap tak bersyukur, lupa diri, etc etc. Jadinya, sila sentiasa tersenyum dan bersyukur..dan semoga kesusahan dan kesakitan itu buat jadi penghapus sedikit dari dosa-dosa aku :']  

Entry ini perlu penutup tapi apa lagi yang perlu aku tulis. Erm..... in conclusion, marilah ramai-ramai peluk aku kemudian tampo lelemak aku beramai-ramai supaya aku cepat kurus. 
Tidakkkk jangan tampo aku kuat-kuat!!

Bye!

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour

Assalamualaikum

Hai. Sekarang aku sedang menikmati keindahan malam, angin yang sepoi-sepoi bahasa dan segelas air lemon suam. Dan lebih istimewa, hari ini seluruh dunia menyambut Bumi Sejam atau Earth Hour. hoho

Masa dekat maktab, masing-masing akan tutup lampu bilik dan koridor, kemudian kami bertandang ke bilik rakan-rakan untuk berbual atau ada yang akan ke Kafe mami untuk candle light dinner. Best gile T_T. Tahun ini dan tahun sudah aku di Sydney dan yep, mana-mana pun lebih kurang sama jer.hehe.. 

Walaupun sambutan ini tiada dalam budaya masyarakat Melayu, sambutan ini tidak memudaratkan malah membantu bumi untuk 'sejuk' sebentar. Just imagine how many amount of electricity and heat can you save during this one hour :) So, jom lah tutup lampu dan alatan elektrik anda untuk sebentar, tapi kalau yang tengah winter jangan la tutup heater nanti beku -____-' 

Bingung tak tahu nak buat apa kejap lagi? The Globe and Mail site suggests 60 things that you can do during Earth Hour. It's here :)

Me, I just lean on my chair, drink a cup of warm lemon drink and look at the sky :) (wahaha aku bunyi orang dewasa sangattt xD) 

Bye!