Tuesday, March 1, 2011

oh patutlah

Assalamualaikummmm...

Hai harini mood baik dari biasa. Tapi tak tahu mengapa. Mungkinkan Lecture Japanese dari Miss Christie hari ini sungguh menghiburkan hhati atau mungkin hhari ini hari pertama minggu tutorial maka hharuslah bersemangat waja lagi gagah. dan gagap.


Harini juga singgah di Macquarie Centre. Tujuannya mestilah mengumpul beg plastik dan demi mengumpul beg plastik, haruslah membeli sebarang dua. Tapi hari ini bukanlah sebarang dua, namun berbarang-barang jadinya. 

hai encik soya 3 liter. selamat masuk ke perut.. :D
hai encik minuman tenaga~

Hari ini juga kuangkat punggungku dan singgah ke The Body Shop untuk membeli perfume kerana ketiak semakin berbau. ewww. tipu jer T__T  Mendapatkan perfume buat diri sendiri, kemudian berniat mendapatkan perfume untuk Farhad. Akhirnya beli Vanilla Vanille untuk dia supaya dia sentiasa berbau biskut, tak payah beli biskut dah lepas ni, ambik bau je cukup kot T_T

hai cik jasmin...

Makanan juga serba enak walaupun cuma microwave oat dengan air. Kemudian hiris ayam tandoori berusia dua hari lepas dan.... NGAP. Sungguh simple tapi sungguh nyam nyam. Tapi tiada gambar untuk makanan ini kena rupa parasnya selepas dimakan Nauzubillah sungguh seram dari Mak Limah. 

tapi rupa sebelum makan waduh2, rasa juga umphhh

Kemudian akhirnya berjumpa jua dengan Farhad. Dia suruh tutup mata lalu kuikutkan sahaja. Aku redha. Ahaha ayat macam pelik. Kemudian rasa ada kotak ditangan kananku. Aduh, debar dihati Allah sahaja yang tahu. Bakal menamatkan zaman bujangkah aku? Oh ayah, oh ibu yabedabeduuu!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
Rupanya.. dapat ini...
omak kau. haruslah pura2 terkejut bila dapat hadiah

biru itu menawan

ewah2. beria nak ambik gambar sisi

hai keluarga baru. say hi to them followers and readerss

hai kawan baru, harini saya akan jaga kamu dengan baik-baik dan pakai kamu dengan sopan. Walaupun status saya masih lagi bujang kerana bukan dapat cincin, namun hati saya sungguh girang. Rupanya baru saya sedar hari ini sudah 2 tahun 6 bulan berkawan baik. Amboi ape punya gadis cantik la kau ni, eniberseri pun tak ingat. kahkah tetiba jadi cantik la sangat kan. 

kan dah kate tak cantik. pastu gedik nak sergah orang. yek huduh prangai 

Patutlah harini semuanya serba baik. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah. Meskipun tahun lepas sungguh memberi tekanan yang banyak, namun tahun ini saya boleh tersenyum lebar. Benar hidup ini umpama roda, ada turun dan ada naiknya. Semoga kegembiraan ini tak buat diri kita alpa. Malah buat kita sentiasa mensyukuri dan menghargai kegembiraan yang kita ada.  

Bye! 

p/s : Farhad, aishiteru yo :)

11 comments: