Monday, March 7, 2011

dilema XL

Assalamualaikum..

Harini tertekan membuat assignment yang berjumlah 500 patah perkataan. Walaupun 500 umpama isi ayam di celah gigi, namun esok aku ada kuiz Jepun yang mampu merongakkan gigi-gigi aku sekelip mata T_T  Kenapakah contoh emosi aku sekarang banyak disamakan dengan gigi adakah mungkin kerana gigi bongsu aku sedang tumbuh dan membesar dengan baik maka haruslah ingat selalu kepada Johnny (nama gigi bongsu aku) achewah. 
pak cik ni emo. tapi betol gak kan?

Lalu bila tertekan mulalah membuka almari dapur berulang-ulang kali walaupun tak capai apa-apa, yang penting bukak jer. Bukak jer ye, tak makan pun walaupun hati meronta mahu mi goreng basah dalam almari itu hoi sedapnyer dan bila masa pula ada orang letak mi goreng basah dalam almari? dan sejak bila pulak rumah ni ada mi? ah khayalan tahap tiga betul  T_T
sape kata tak sedap? cecita cecita sket?


Dan juga bila try baju yang dibeli dari Rozelle market dengan harge yg murah itu tak boleh zip, ye tak boleh zip ye terus rasa nak nyanyi lagu ziana zain madah berhelah. Kemudian tengok pula rumet tersayang try baju dan skirt cantik-cantik yang aku dah berkenan sangat-sangat masa shopping haritu tapi tahu tak mampu nak sarung ke badan seksa aku, terus jeles nak kurus juga. ahhhh T__T 
kak ziana ber'abaya'. chantek!


So, bila si XL sedang mode buat assignment, beliau


  • suka makan
  • suka baring sambil dengar lagu
  • suka melalak sampai gegendang telinga sendiri rasa sakit dan seksa
  • suka jeles dengan tiba-tiba. ahaha.
  • suka takde mood dengan pakwe sendiri. cian farhad T_T


K bebeh, I want to continue doing my assignment. Wish me the best and yeahhhh, I feel better pouring these words out from my head. Dan semoga aku kurus, tetiba. Walaupun perut senantiasa lapar.
say yeyeaahhh!!


bye! 





9 comments:

  1. hahahaha!!!terkejut mak tgok gmbar last tuh!

    ReplyDelete
  2. min T_T ahaha~
    tertekan harini kena buat kuiz dgn hantar esaimen..hehe

    farhad, aku mmg suka sergah orang. mak limah sangat kann...

    ReplyDelete
  3. aiyooooo. bodo nye rumet. tak sensitip langsung.

    ReplyDelete
  4. haha. mane de bodo. tampo kang. ni namenye konflik dalaman. so memang ler tak nampak T_T

    ReplyDelete