Monday, March 14, 2011

Aku bukan aku!

Assalamualaikum

Harini maybe entry akan berekor-ekor kerana aku ada mood nak merapu sampai pengsan. Aku nak bagitahu aku ada low self esteem yang tinggi maksimas. Antara contoh dan sebab low self esteem

1. Aku tak berapa bright (tak pintar -____-)
2. Aku takut nak order barang dekat kedai makan atau tanya apa2 dalam English sebab takut salah 
3.Aku tak cantik manis. Juga tak berapa ayu dan sopan
4. Aku malu sebenarnya mentulis . Beberapa bulan nanti mungkin blog ni macam magic tetiba hilang dari pandangan korang T_T
5. Aku juga ada issue dengan berat badan dan saiz.
6. Aku ada juga isu-isu semasa yang lain tapi buat ape cita sume kat korang? Mengaibkan diri tahap cipan lah jawabnyer kalau aku wat gitu.

Bila aku low self esteem, aku akan jadi defensive. Bila orang tanya masa aku tengah makan aiskrim contohnya, "Eh sedap ke eskrim tu?" Aku mula la terfikir camni "Eh awat aku makan lahap sangat kah?? Nak cakap aku gemuk lah tu" Jadi mulah emosi tak menentu dan hala tuju hidup mula berpinar-pinar. Kah3. Malang betul orang yang dekat dengan aku. So silalah pergi jauh-jauh sebelum hidup anda terganggu dengan saya. Eh kejap 'aku' kejap 'saya'. Belum apa2 lagi emosi dah tak tenteram T___T

Namun tahun ini saya positif. Cuba untuk buka buku baru. Saya buat azam tiap2 tahun tapi satu pun liat nak buat. Tapi tahun ni aku tekad. Azam pertama mestilah mententeramkan emosi dengan menggunakan "aku" instead of "saya" adehh T__T 

Siapa kata aku tak serius?

1. Aku praktikkan cakap English dengan kawan aku sorang nih. Sejujurnya, dia memang faktor utama aku makin confident cakap in English walaupun dulu main hentam kromo je. Dia ni cool giler sebab dia guna English jer hari2 tension aku. Tapi sebenarnya English memang first language dia pun, so nak tak nak guna bahasa Inggeris lagi ideal walaupun dia berkemampuan juga dalam Bahasa Melayu. Thank you Shameen! I owe you a lot~ Nanti jom g Nando's dengan San Churro's hari-hari. Eh kau gila hari-hari? 

2. Aku register for gym and fitness classes. Dengan matlamat sihatkan badan. Seksa sangat k bila kau nak fokus dalam kelas pun tak berupaya tau. Aku nak stay up study pun aku tak larat. Sebab tu dulu selalu tidur je T____T Nak berjalan jarak jauh pun aku dah semput. Dulu aku memang sakit. Aku kurang darah. Kurang darah=kurang oksigen=otam lembob. So yang memperkecilkan aku, aku sedang sedaya upaya baiki diri aku. Jangan la benci aku sebab aku tak berapa pandai dan tak berapa nak bagi idea dalam group discussion. kah3 tetiba sangattt..  :)

3. Aku tak berapa yakin dengan penampilan diri. So aku seksakan jugak muka aku dengan bedak setepek dengan eyeliner beberapa stokes supaya aku nampak lebih cantik di mata aku sendiri. Aku rasa yakin nak jumpa orang macam ni. Aku ingat dulu aku malas nak pergi open house rumah budak2 cohort sebab masa tu muka bermasalah dan bermisai eh gilo apo. So bila orang kondem kata aku macam opera cina, memang aku break down lah kejap sebab ni source keyakinan aku. :) Aku sedar aku tak berapa nak manis, pipi pun tak boleh nak blushing sebab selalu muka ni kuning jer. Ahahaha. Sekarang aku bergaya ikut keselesaan. Pakai seluar kembang-kembang, pakai skirt, pakai BB cream. Semua untuk jadi lebih percaya dekat diri sendiri. Dan manalah tahu aku jadi Hana Tajima Dua. lalalalalala~

4. Aku juga tekad untuk simpan blog ni supaya aku tau ape yang aku dah lalui dan semoga pengalaman lagi mematangkan diri aku. Kadang-kadang bila baca entry yang lama-lama dekat blog lama, aku jadi malu sendiri sebab rasa cetek sangat pemikiran masa tu. Kah3. Sekarang maybe dah matang sikit lah kot sebab dah reti masak sendiri kalau tak dulu makan pun mak suap.Kuang3. Tipu jer.

Erm, korang mesti bengang jer sebab apelah aku ni nak low self esteem sangat. Cam @!$%# jer. Orang lain pun banyak masalah gak. Banyak sakit itu ini gak.

Eh, biarlah aku nak kepuasan diri sendiri jugak. Aku dah penat mengikut cakap orang dan serik jadi orang lain demi nak jadi seorang 'kawan' kepada orang-orang yang aku rasa tak layak bergelar orang pun. Inilah antara sebab aku jadi defensive. 

Jujurnya, aku punya childhood tak berapa nak begemerlapan pun macam orang lain. Tapi aku syukur sangat sebab family aku aman bahagia cuma aku takde kawan jer. Kebetulan dapat pulak aku nak kawan dengan orang yang salah. Diorang pulak bukan nak kawan dengan aku, diorang 'menggunakan' aku jer habis-habisan. Aku follow je diorang, diorang suruh amik gambar diorang je, aku memang jadi kuli batak jer. Ada tu nak kawan dengan aku semata-mata nak pakai buku teks aku jer. Lepas habis kelas siap dia tarik tudung aku sebab nak togelkan aku depan orang ramai. 
 
Dan ada sekali bila aku dah ambik sijil PMR. Tetiba ade sorang ni call. Dia ajak aku pergi sekolah. Dia kata ade orang nak buat reunion. And dia kata ramai yang bertanyakan aku dan rindu dekat aku. Walaupun aku dah pergi sekolah tu aritu (sebab ambil sijil) aku ikut la jugak dia pergi walaupun agak jauh dari rumah aku sebab aku fikirkan orang yang rindu nak jumpa aku tuh. Rupa-rupanya, dia takde orang teman dia pergi sana and aku orang yang paling terdekat untuk dia pakai. Okey fine takpelah aku leh lagi teman dia g sana. Pastu baru aku sedar rupanya takde sapa pun nak jumpe aku. And orang yang ada time tu semuanya classmate dia. Aku time tu takde sape pun borak dengan aku and aku ni dah lah jenis tak mesra sangat, kau bayangkanlah aku datang sia2 jer.

Hah. Tu cerita bodoh jer tapi ada banyak lagi benda-benda yang macam gam****  diorang buat dekat aku and aku tahankan. Korang tak yah lah tahu lebih-lebih lah eh :D Tapi disebabkan pengalaman diri aku lah yang buat aku memang berdesing telinga kalau orang buli orang lain yang lagi lemah. Boleh jadi orang tu memang poyo, atau dia nerd, atau dia low self esteem macam aku tapi korang tak ada hak nak cakap yang buruk-buruk pasal orang tu atau gunakan orang tu sebagai bahan lawak korang. Korang ingat korang tu bagus sangat ke? Hey mati nanti pun korang masuk dalam tanah yang sama dengan orang yang korang hinakan tu tau... So siapa lagi hina sekarang?

Minta maaf kalau pendekatan aku sangat kasar. Tapi aku nak menusia2 yang ada sifat macam ni supaya muhasabah diri sikit jer. Jangan lah sentiasa mendongak ke langit, nanti terpijak tahi baru nak gelabah. Terimalah peribahasa buat sendiri aku. Kah3. Dan aku minta maaf kalau entry kali ini sangat menyakitkan hati atau mungkin tak kena citarasa korang. Atau maybe ada yang faham perasaan aku sebab kita senasib ke? Kah3. Aku je lah kot yang paling malang. Aku yang paling kesian. Kah3. sarcasm di situ.

Tapi aku mengaku jugak lah aku punya ego yang tak berapa kuat dan aku ni lemah semangat sikit. Aku mengaku ada kawan aku yang marah kata aku childish, mula2 aku bengang jugak tapi aku terima sebab ada betulnya jugak. Aku banyak kekurangan itu tak dinafikan. Dan entry ni bukan entry tarik simpati langsung. Saja nak share cerita dari mata si mangsa buli. Manalah tau boleh jadi filem ke? Eh tak boleh ea Afdlin Shauki? Okey fine Afdlin tak mahu guna cerita aku. Kah3. 

Bye!
 


3 comments:

  1. dear darling. if you have any probs, you know you have me.
    just like we were in the school. :)
    okay?

    ReplyDelete
  2. kadang2 baca bru nk faham, pastu rase klakar pulak...
    hehe

    btw, farah..bgus2...ni namanya reflection..:D

    ReplyDelete