Wednesday, July 4, 2018

Diari PJJ 1#

Assalamualaikum

Baru sahaja tadi, aku pasang impian untuk berbaring di sisi suamiku sebelum tidur nanti. Sambil aku rangkul lengannya, aku ingin bercerita tentang perjalanan hariku pada dia. Pagi tadi aku berusaha menukar password SAPS sehingga beberapa kali cubaan. Aku hendak mengadu yang password terbaru untuk masuk ke SAPS sungguh menyusahkan. Aku juga hendak memberitahu yang rezeki makanku cukup baik hari ini. Lauk kari ayam yang dibawa kak Sheeda masih elok  walaupun cuma tinggal kuah dan kentang, jadi ku panaskan kuah kari itu dan ku goreng telur mata untuk dimakan dengan nasi. Alhamdulillah. Beberapa jam kemudian, Zahir pula datang menghulurkan nasi goreng dan ayam blackpepper. Wah, memang meriah makanan aku hari ini.

Aku juga sempat menonton filem The Kissing Booth petang tadi. Aku akan mengusiknya yang aku suka lelaki macam hero dalam cerita itu kerana lelaki itu tinggi. Aku akan melihat dia mencebik sebelum dia membalas kata-kataku dan akhirnya dia yang akan cepat-"cepat memelukku semula kerana bimbang aku bertukar ke mood merajuk. Haha.

Sebelum tido, kami akan melayan handphone masing-masing sambil menunjukkan perkara menarik yang kami temui di insta dan facebook. Kadangkala, suamiku akan membuka episod terbaru Running Man dan kami akan ketawa besar melihat aksi lucu mereka. Kadang-kadang, akan ada seorang yang akan kecundang dulu dek mengantuk yang amat sangat. Siapakah antara kami yang kecundang itu jeng jeng jeng.. Hehe.
Kemudian, suami akan menggosok mana-mana tempat yang sengal dan sakit sambil berterima kasih atas apa yang ku buat pada hari ini. Kami akan berpelukan, konon-konon ingin tidur bagaikan dalam cerita drama romantis sebelum masing-masing mengambil posisi selesa kami berdua di bantal masing-masing. Haha. Kadangkala aku akan tertidur di lengan suamiku namun aku bimbang lengannya sakit kerana aku kan kepala batu.

Sekarang,

aku menanti whatsapp darinya mengucapkan selamat malam dan menyatakan betapa dia mencintai diriku dan berharap agar tidurku lena dan aku bermimpi yang indah indah. Pada bila aku biasanya akan menatap wajahnya yang sedang tenang tidur dan mengucup dahinya; aku di sini menyanyi kecil, berpusing pusing mencari posisi selasa di atas tilam nipis ini, menyapu tiger balm di tempat yang sengal sendiri,

sambil memasang impian yang tidurku lena malam ini seorang diri.

PJJ - Perhubungan Jarak Jauh