Thursday, February 24, 2011

Kelantan

Assalamualaikum...

9-12 haribulan satu tahun 2011 haritu pergi tengok adik perempuanku yang gedik sorang tu dekat Kelantan. Kenape gedik? Masa tengah traffic jam dekat depan KB Mall Kelantan dia call pastu beria nangis hingus meleleh dekat fon kate rindu la pot pet pot pet, namun apabila dia nampak muka berlemoih aku depan mate, terus dia dekah2 gelak pastu kate, "hahaha kakak gemuk!" Sampai ati kau Yayah T_T


So hari pertame kitorang menetap dekat chalet sebelah MRSM adik aku. Hari second chalet tu dah fully booked so kitorang stay dekat chalet area Pantai Cahaya Bulan (PCB). Aku amat pueh hati la dengan kemudahan kediaman aku sebab selesa ada aircond. Hey aircond tu keperluan asas tau dak. Pastu, kitorang dok buat lemak je dalam bilik tak mo kuar2. Serius tak kua shopping pun. Memang kitorang makan, tido, makan, tido. Muahaha -____-

Dekat Kelantan, aku kagum sangat dengan kedai-kedai dekat sana. Signboard diorang almost semua ada translation dalam tulisan Jawi termasuklah TESCO and kedai2 Cina pun. Hebat.... Tapi aku dengan adik aku Affan tu dok terkekeh-kekeh gelak bace dalam Jawi sebab bila baca dalam jawi, sebutan yang sepatutnya dah jadi lain sikit, so kelakar lah.. contohnye...Tisku/Tesco and Prutun/Proton...... okey tak kelakar takpe.... -____- tapi kan, kedai2 runcit sane dekat giler dengan jalan raye, seram betul aku tengok. tapi tak la seseram ju on....................okey bye...
gambar dari dalam kereta

Tentang makanan pulak, makanan dia okey lah. aku datang kelantan tu teringin nak makan sata jer. Lain dari tu, kitorang makan warung makan biase jer. So makanan pun biase2 je lah. Kecuali masa stay dekat PCB, tempat kitorang makan tu, makanan goreng dia memang tip top sedap rase nak angkut tukang masak bawak balik rumah. Lepastu aku jatuh cinta dengan kuih akok. Sedap sangat2! Nasi dagang dia pun kelasss.. Tapi kebanyakan makanan dia MANISSSS family aku sume loya tekak makan. Kami..... suka masin dan pedas. muahaha.
ngamm giler nasi dagang nih. lauk ayam pulak tuh..perhhh
try cool blog dekat KB Mall. ermm, bolehla.. 

Tapi... 

kelantan hisap darah - emak

dia sembelih orang luar - abah

ni bukan literally tau, perumpamaan sahaje -____-

takkan lah muka2 comel ni cakap yang bukan2 ye dak?

Atas ni merupakan statement parents aku tentang harge kepuk kat sane. Menurut (ikut gaya penyampai berita) seorang peniaga kopok lekor di PCB, harga makanan adalah lebih mahal di tepi pantai kerana tempat tersebut merupakan kawasan tumpuan pelancong. Manakala harga kopok lekor naik dengan mendadak pabila musim cuti sekolah menjelma. 
okey kita rehat mata kejap tengok pantai sekarang. tengok ye. tengok.


Sebab aku datang sana masa Tahun Baru Cina, harga barang mahal so kitorang tak beli ape2 pun. So pelancong sekalian, tips melancong ke sana ialah 


  1. korang kena pandai kecek Kelate 
  2. atau buat2 macam dah biasa beli dengan peniaga tu so korang dapat la harga standard, bukan harge pelancong tau3.


Akhir kata, aku suka Kelantan sebab tempat dia menarik! Masjid dia cantik, orang dia baik, sepanjang aku duduk Kelantan memang leisure abis, duduk melingkau je atas katil! Tapi aku tetap sayang dan chenta negeri sendiri. 


bye!

Wednesday, February 23, 2011

lets get prosperous

Assalamualaikum..

Semalam (16/2/11) aku dan family (kecuali Yayah) pergi makan dekat Pizza Hut di Bahau. Sebab adik seorang ni teringin nak makan. Yayah jangan jeles okay nanti kakak belanja .. er belanja aiskrim potong je lah ea.. -__-
Wah suka gambar ni sebab comel! Affan la, bukan kakak dia yang comel! Kakak dia, ehem3, extra comel ;)
Dedi and Mami. Biu biu. Muah muah.
 Triple Sensations la weyy. adik aku punya fevret~ tak caye? tengok bawah.
Kahkahkah.  ni muka sungguh2 makan
Pastu kitorang makan nih. 
Boleh tahan la pizza dia. Cornflakes tu bagi rasa crunchy dekat pizza and memang nice la. And pizza ni didatangkan dengan stuffed crust so perut kau pasti membola la lepas makan sebab kenyang sangat. Tapi yang tak berapa nak gemar, pizza ni boleh jadi muak sikit. So pilihlah ikut citarasa korang ea.. 
tengok dalam crust dia, tengok dalam crust dia
roti dia so-so ajer
piza cedap,hehe
This was my dessert. 
Mango pudding. Bought it for 2.80 maybe if you add-on. Not so worth it for me because you can get the pudding at any supermarket for 4.00+ and you can get 6 of it! 

Finally, the service was really good at Pizza Hut Bahau. Ada sesetengah Pizza Hut tu, dah la servis mahal, lembab plak tu! bila lembab, makanan pun dah sejuk, cheese pun dah keras. Bengang ke tak? Kalau aku, aku bengang r weh bila tak boleh tarik-tarik dah cheese tu -___-

So, pergilah Pizza Hut sekali sekala untuk makan and santai bersama keluarga dan family. Woi hape ke bende aku nih, keluarga dengan family bukan ke same -___-' 

p/s : Antara tarikan Pizza Hut dekat Bahau ni sebenarnya seorang "kakak" tu. Kawan aku kate dia cun melecun mekap memang stail abes and tak nampak macam lelaki pun. Tapi tak pernah2 dapat tengok. Frust T_T

Bye!

Wednesday, February 16, 2011

Kedah kampung den

Balik kedah 3 hari dua malam. Lagi berselera nak cerita dari cerita pasal pegi Kelantan sebab... Kalau pegi Kelantan, kompem la korang pergi KB Mall, singgah Terengganu, makan keropok lekor dengan sata, pergi pantai. kan? kan? kan? So kite cerita pasal Kedah lah. 

Kedah sangat cantik, sawah terbentang luas, nun menghijau gunung ladang dan rimba, langit nan tinggi bertambah birunya... ah ternyanyi pulak. 
kah3.gambar takde motif tapi kne letak jugak. mata ori tuh, cuma kena suluh dengan matahari baru jadi. mehehe
Kedah rasanya lebih kurang Kelantan jugak.. makanan tak mahal.. barang dapur pun murah..harga ayam tak naik. jamban dekat luar. hahah celah kejap. Pastu kitorang datang aritupun dekat rumah mak cik aritu makan simple je. Ikan keli goreng makan dengan ulam, sambal belacan dan sambal telur. sedap sangat. Pastu minum air masak. tak de ais2 pun tapi tetap nikmat.. Pastu peluh setempayan. dah la Malaysia lately ni sangat hangat. takpe...syukur...syukur... 
Nasi dagang yang enak amat. ni makan masa dekat Kelantan aritu tapi takpe letak je lah kat sini. korang kisah ke? aku tak kisah.
Pekan Rabu pulak bersih dah tersusun, tak la semak mata memandang. Urusan jual beli pun mudah sebab loghrat utara senang nk belajar... lagipun bila dah ada darah2 utara, harus la semulajadi tahu kan? hah boleh pulak. Syok la shopping dekat pekan rabu walaupun tak beli ape2 pun kecuali dodol. hehehe. Mak je yang sempat shopping beli kelambu la, jubah la. itupun main sentap jer pastu bayar. shopping 15 minit jer T_T 

Dekat Kedah, aku jatuh cinta dekat baby comel dan bijak ni. Nama dia Nur Hawa Humairah. Diorang panggil Mera..Maira.. memang putih melepak pastu pipi pink. Adehh. Cantik T__T teringat member sorang kat Sydney name Humaira jugak. putih melepak gak. pipi pink gak. wuaaaa aku jeles. Aku ni senantiasa kuning. Hijau kadang-kadang. -___-  takpe nanti anak aku, aku bagi name Humaira ah. 
maira.. omeynye dia.. kuci kuci kuci
Dengan Pak Ngah dia.. aish tetunjuk bulu dada pulak. ngahaha. tu bukan bulu ah tapi ruam. Cian adik aku -___-
Biar jauh asal sentiasa dekat di hati. Ah sedihnya bila jauh dari kampung. Meleleh jugak air mata aku. huu. bye!

Saturday, February 12, 2011

Entry puas hati :D ke tak?

Assalamualaikum

Hai..nak update cerita nih! Haritu kan aku dpt peluang buat giveaway yang best. N aku dapat tempat ketiga!! Alhamdulillah syukur.. Dah la first timer kan, so memang puas hati :D Name pun contest kan, so I did make some restrictions that I kept to myself when I wrote those supaya orang tak boring bace, sebab tu pendek jer T_T

So, aku tak puas nak tulis lagi! Ni versi bukan contest , but both come from this very sincere heart! Belah la dada, tengok la hati! Hah, tengok betape siyesnyer aku. -___-

Mukadimahnye ialah, today was not a very good day, so I ended sleeping all day and crying all night. And the thought of making this entry came, so here I am. 

I know physically we don't look really compatible, sebab orang hanya mampu cakap, "korang berdua ni comel la", atau maybe "korang berdua ni macam adik beradik la" when the truth is : Korang ni dedua cam pau kaya. Atau sorang pau kaya, sorang pau ayam. And Farhad is not that tall although he is dark and handsome. hee. And I admit I am not physically so attractive. But I do try to make myself presentable in front of others. So what? does look matters? Yes it does! But having him is more than I could wish for and  dekat biji biji mata aku ni, he is the most handsome man everrr. everrrr. Okey, second lah after abah. So bila orang komen dia tu camtu la, camni la, I'm mad. Sebab ape? I never complain about his look, so why you? And whyyy must it be in front of me? Kalau aku komplen pon sebab dia tinggal2 barang ke ape asal korang yang sentap? ke korang yang suka tinggal barang sepah2? jawab...jawab... -__-

Moreover, Farhad is the most understanding guy I ever met. So considerate and so mature. So mature even aku yang tua setahun ni pun rasa macam budak duabelastahun. And he helped me a lot during our 2 years together, kalau takde dia aku tak mampu survive pun, aku dah lemas dah kat mane2 k. He makes me come to my senses bila aku memang buntu dan tak mampu nak fikir ape2 dah. Bila aku down, macam harini, dia yang bagi semangat semua dekat aku. The reasonable, the most rational man I know.   

Dia satu satunya manusia yang aku boleh cerita segalanya, like every single thing. Even dengan kawan baik dari kecik pun aku tak cerita semua pasal hidup aku. I do make line within what you should know and what you shouldnt about me. Tapi dia tahu semua pasal aku walaupun kadang2 aku tak cerita ape2 pun dekat dia. See? he's like my own superhero. And he's the one who care the most about me. Aku takde kawan, dia tolong aku. Aku tak reti bahagi masa, dia tolong buat timetable sume. Aku tak reti buat assignment, dia tolong sampaikan assignment aku yang tinggi lagi dari dia. 

Aku hopeless, dependent? Yep, but he helped me grow a lot now and semangat dia sentiasa ada untuk aku bila2 masa je. Bila aku gaduh dengan orang, dia bagi jalan, dia tolong jadi pendamai. Yes, I do pray and doa to Allah, tempat sebaiknya mengadu, tapi kau kena ada orang jugak kan sebagai tempat kau mengadu, cari comfort? And he is the only one I have.  


And he is happy with me. Though people see that ,
I control him, I scold him often, I am not that thoughtful
Things that you see is not always the thing that you thought it would be. Korang judge aku eventho korang tak tanye pun aku ni sape, ape masalah aku. Dulu aku kesah, sebab aku tak suka orang jeling2 aku, orang buat status ke , blog ke kutuk2 aku. Aku tamo gaduh dengan sesape, takmo orang tak suka aku. Now I realise, not everything must be about me. And not everybody can accept you as you are. Lagipun sapelah aku nak revolve dekat dunia orang lain kan? So thats why I love him no matter what, because I know at least ade tempat untuk aku dekat dunia dia, and vice versa. 

Ni bukan entry emo. Tho it really does look like one. Okey lah fine, memang emo. -____-'

Lastly, walaupun bila dia hadir dalam hidup aku, aku tak pernah mimpi indah2 macam orang lain bila bercinta, segalanya bagai di alam fantasi, tapi aku ni the other way round. Dengan dia, macam2 senang, dan segala jenis susah aku lalui dengan dia. Maybe sebab dah besar. So susah senang kitorang lalui sama2 and I hope it will always be. with him. my farhad.

His present for our 2years 5months together :)

Bye. 

Tuesday, February 8, 2011

Lega

Assalamualaikum..

Semalam family aku hantar adik balik uni, tapi hantar sampai KTM Somban yo lah. Otw hantar tu, singgah rumah mak long jap, nak jenguk dua orang anak mak long yakni sepupu gua (apesal tetiba gua -___-) yang baru je sampai dari Jeddah. 

Ye, mereka manusia-manusia terpilih merasai suasana panas di sana akibat pemimpin disana, si Hosni Mubarak tuh -___-

Lega bila tau diorang baik-baik jer. Sempat la borak-borak jap sambil makan mi rojak (sedap sangat T__T ) Nanti nak korek-korek lagi cerita. Masa datang semalam diorang exhausted lagi nak tanya macam2 pun rase cian, tengok diorang makan mi pun bukan masuk mulut, tapi masuk idung haha kena tipu. Bye.

Sekian Sahaja uolls dari datin -___-


p/s : Nanti nak cerita buat ape dekat Kelantan aritu. Ngahaha.