Assalamualaikum..
Harini saya nak mecuba nasib memenangi giveaway dari blog Kak Epi. Hadiah dia kelihatan sangat best so saya teruja nak cuba! manalah tau ada tuah kan. tuah di kaki tak sape yang tahu. ngehehe. maka terhasillah entry ini :)
Apa2 pun, HAPPY BIRTHDAY to si comel Muhammad Aqil! :D
Banner Giveaway~ |
CIRI CIRI IDAMAN HATI
Lelaki impian untuk dijadikan suami oleh saya sangat tipikal atau cliche. Impian saya sejak kecil mahu lelaki yang bersusuk tubuh bidang dan tinggi supaya saya rasa selamat dan selesa dalam dakapannya
Saya mahu suami yang kacak seperti hero-hero dalam kartun Disney atau pelakon-pelakon Hollywood...
Saya mahu suami yang otaknya cerdas dan bekerjaya hebat supaya saya boleh berjalan rapat dengannya sambil mengiringinya ke majlis-majlis hebat dan bertemu orang-orang yang terkenal dan hebat..
Saya mahu suami yang kaya hinggakan Eropah itu umpama rumah kedua dan kedai emas umpama tempat permainan saya....
Akhir sekali, saya mahukan suami yang setia dan kasihnya tumpah hanya untuk saya, hingga apapun bukan halangannya demi untuk meraih cinta saya..
...........
...........
...........
...........
...........
...........
Namun Allah itu maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk hambaNya, kerana akhirnya kasih dan sayang saya tumpah pada seorang lelaki yang bukan saya mahu, tetapi kepada seorang lelaki yang saya perlu :)
...........
...........
...........
...........
...........
...........
dan saya tahu saya perlukan dia bila....
...........
...........
...........
...........
...........
...........
dia memberi bahunya buat saya merebahkan kepala saat saya sangat lemah dan hilang segala daya....dia menyentuh hati saya dengan kebaikan peribadinya dan kematangan dirinya
dia mendoakan kesejahteraan saya dan orang-orang kesayangan saya dan kasihnya bukan setakat pada saya, tetapi pada orang-orang yang saya sayang juga :)
dia melengkapi kekurangan diri saya, dan begitu juga sebaliknya :)
dia memenuhi ruang hati saya dengan kegembiraan dan senyuman agar saya boleh melalui hari-hari dengan tabah dan berani :)
walaupun masih belum ada ikatan antara kami, namun perancangan sudah ada dan InsyaAllah kalau jodoh ditemukan, kami memang selesa untuk bersama-sama selamanya. InsyaAllah :)
GAMBAR BERSAMA DIA
Gambar pertama kami sejak bercinta :D masa ni, Farhad 18 tahun, saya 19 tahun T_T |
GAMBAR SAYA
satu |
dua :D (saja gatal bagi dua gambar. haha) |
So, buat yang berminat, jom la kita bersaing secara sihat dengan melawat blog KAK EPI (klik nama untuk ke blog Kak Epi) yang cute and join giveaway ni k ^___^
thanks Kak Epi for the opportunity!!! ^_____^
Cepat sebelum terlambat ! ! Tarikh tutup Giveaway ni 1 Feb 2011 which is esok!
bye!