Thursday, April 28, 2011

Resepi #1 Salmon Sandwich Recipe

Assalamualaikum

Hai orang kampungku sekalian! Hari ini kita akan belajar cara membuat sandwich yang sihat. Sihat yang kita boleh membahagi kepada dua iaitu sihat yang betul-betul sihat, dan sihat yang "mengembangkan" dan hari ini boleh jadi dua-dua. Sebab dia memang sihat dan boleh menggemukkan kalau kau makan tanpa mengira had laju! 

Maka dengan segeranya marilah kita melihat apakah perkara-perkara wajib dalam mencipta sandwich ini. Layanzzazzz -____-


Salmon Sandwich Recipe

  • Smoked Salmon - boleh goreng atau microwave like 5-10seconds supaya lebih selesa tekak nak meneriamah......okey menerima -___-
  • Butter
  • Lemon/Lime
  • Salad, it can be lettuce, tomato, or spinach ikut selera memasing
  • Ground chillies, cheese spread, avocado, black pepper, garam (optional)

1. Oraiit memula kita buang kulit roti kalau tak suka
Yeahh aku pakai roti wholemeal ni.

2. Lepastu kita sapu butter dengan cermatnyer, pakai unsalted untuk lebih sihat atau pakai marjerin tumbuhan untuk lebih lagi sihat
Kita tepek dia dengan butter ikut suka

Horey, cermat kan? cermat kan?


3. Oh ya, untuk salmon itew pula kita perahkan sedikit lemon atau limau supaya hanyir ikan hilang begitu sahaja. Tapi smoked salmon tak hanyir pun. So, lemon tu akan bagi citrus-y taste lah kegunaanya untuk resepi kita kali ini giteww 
Ini dah goreng sikit uolls.. Bagi rangup2 sikit -___-

4. Kemudian boleh campak ikan itew ke atas roti. Tabur black pepper, ground chilli kalau suka. Garam pula kalau ikan tu tawar. Smoked salmon ini dah masin,so kita ignore garam itew.


5. Campakkan pula sayuran. Kalau ngengade cam aku boleh letak lagi cheese spread tapi nanti jadi masin giler aku tak suka -___- 
Aku pakai salad siap basuh,siap potong daa. malas le katekan

Letak cheese spread sikit tapi jadi masin daa -____-

Siap kemudian belah jadi segitiga!

Macam kat kedai~ ke tak? ahaha


And voila, your healthy breakfast is ready!


Dan sebelum kita ngap makanan itew marilah kita terjah sedikit fakta menarik tentang SALMON ye:

Cara menyebut ikan salmon dalam bahasa inggeris ialah SALMON, with silent 'L'. Maka bunyinya macam ini, SAMMEN atau sam-uhn :D

Ikan salmon merupakan ikan jenis anadromous , yang mana dia boleh hidup di air tawar dan air masin. Selalunya dia akan bertelur di kawasan air tawar dan selebih hayatnya tinggal di air masin. Siapa yang pernah baca tunas sains atau rakan sains masa kecik-kecik dulu mesti pernah terbaca pasal ikan-ikan salmon ni :D 

Ikan salmon terkenal dengan kandungan Omega-3 nya yang berkesan melawan sakit jantung dan membekalkan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan. Muluslah kulit2 uolls kalau makan ikan selalu~ Selain itu, ikan salmon juga is very low in carbohydrate, so sangat sesuai untuk yang berdiet! :D Memang rampiang macam kerenggaq nanti! ahaha

Dan bagi pandangan aku pulak, bila aku makan smoked salmon aku rasa macam otak cerdas sikit bhahahaha -_____-' so aku memang encourage korang makan ikan lelebih lagi ikan salmon :) Tapi jangan la paksa sambil hentak-hentak kaki kat mak kau mintak belikan salmon kalau salmon ni susah nak cari atau maybe korang kurang berkemampuan ye...sebab mahal ler pada aku. Aku beli pun sebab tengah sale T___T Aku selalu makan fish oil jer sebab jarang ooo dapat makan ikan kat sini huhuhu.

Alright, selamat mencuba dan selamat membuat assignment dan meghadapi exam buat sesiapa sahaja!

sekian laporan dari saya Cik Farah agogo!
Bye! 

8 comments:

  1. hehehe..mesti nk letak muka sendiri kan~~~~

    ReplyDelete
  2. thank you!! ^__^

    farhad.. mestilah..haha~

    ReplyDelete
  3. ni apesal emosi ni?haha gambar ni memang ade aku je la kau mmg dari azali dah tercrop oleh kemera fon aku.. maaf...maaf...maaf~ :p

    ReplyDelete
  4. terharu pulak baca entri ni. tahniah alang! :)

    p/s: comelnya mimi dan airol ;)

    ReplyDelete
  5. terharu pulak baca entri ni. tahniah alang! :)

    p/s: comelnya mimi dan airol ;)

    ReplyDelete
  6. terima kasihhh... (-_____-')
    kem salam dekat mimi dengan airol ea..hehehehe..

    ReplyDelete