Saturday, May 21, 2011

Persediaan Winter (Sebelum Tidur)

Assalamualaikum~


Hai uollss hai uolls! Sebenarnya mood sungguh baik despite beberapa siri unfortunate event yang rahsia T__T. Alkisahnye sekarang di Aussie(Australia),  suhu semakin rendah, maka makin sejuk dan menggeletarkan. Walaupun saya penggemar cuaca dingin, namun kedinginan kali ini agak mencemaskan. Cemas kerana ramai yang hidung berdarah la, sakit dada, sakit paru-paru... aku dah ler ade asma jadi tak ke cuak?? :(


Maka persediaan untuk malam hari kali ini lebih handal dari tahun sebelum. Barang-barang ini sangat diperlukan ketika winter, lelebih lagi masa malam sebelum tido maka dapatkannya sebelum terlambat -___-' Dan oh. saya tak pakai heater sekarang sebab bil mahal time winter jadi harus menjadi gadis tradisional sekarang.


1. Gloves


Senah dan Jenab. Tapi jangan tanya mana satu Senah dan mana satu Jenab sebab aku pun tak hengat..hoho


2. Hot Water Bottle


Sesuai diletakkan dalam tilam supaya tilam berasa hangat dan selesa. Tapi kehangatan dia tak tahan lama. Tapi harga berpatutan :)


3. Electric blanket


Aritu nampak yang murah dekat katalog rumah. 20dollar tapi tak sure kat mana. hu tapi electric blanket ni senang rosak so kurang berbaloi disituu


4. Thermal wear
Abaikan saiz. Sebab saiz tu tipuuuuu *instateofdenial*

HA, ini aku baru beli semalam tu yang teruja dan mood baik nak update sebenarnye hehehe.. Aku pakai malam tadi sampai sekarang. MEMANG SELESA. Badan rasa hangat je tapi takdo la sampai borpoluh-poluh kan. Tapi description dia memang betul la. Meh aku tunjuk gambar fabrik dia yg aku hamek semalam
Ini belah luar. memang nampak tebal liang2 roma dia. Liang-liang roma yang besar ini untuk bagi lembapan@peluh dari badan senang keluar secara maksimum

Dan belah dalam adalah halus, supaya haba dari dalam tak keluar, and at the same time kadar serapan peluh dia sangat bagus. muahaha sangat bergaya macam promoter aku ni.

Dan korang percaya tak ini adalah SELAPIS? Tapi sangat menghangatkan okey. bessstt gila *pengsan* 



5. Robe
Ini pun okey gak. Tak pun maybe korang boleh pakai baju 4 5 lapis sebagai alternatif. hehe


6. Sleeping bag


Ini lagi mantoppp. Cari yang boleh tahan sampai -10 hingga -30 pun ado tapi makin tahan sejuk makin mahal la -___- . Dan berada dalam sleeping bag rasa bagaikan kepompong. Dan kemudian automatik rasa comel hiks hiks hiks :p
Hai,saya lah kekupu kuang3


7. Makanan
Ini. Demi menebalkan lelemak. Hiks. 


Bye!

2 comments: