Sunday, April 22, 2018

Kelebihan Tinggal Seorang Diri

Assalamualaikun,

aku menulis hari ini dari katil bilik aku di sekolah seorang diri.
Mesti ada yang membaca ni tertanya kenapa aku tinggal seorang diri sedangkan aku dah berumah tangga haha.

Sebenarnya, dah dua tahun lebih aku dan suami melalui perhubungan jarak jauh atau 'pjj'. Bukan dengan suami je, malah dengan keluarga kami.

Permohonan kami belum berjaya lagi. Malah yang serumah dengan aku dah lama berpindah, ada yang posting selepas aku pun dah berpindah. Sebab tu aku tinggal seorang diri, aku je yang belum dapat pindah.

Jadi, untuk mencari sisi positif pada kekurangan hidup aku sekarang, aku cuba senaraikan kelebihan tinggal seorang diri.

1. Kau lebih bertanggungjawab
Betul juga ni, sebab kau kena prepare semua sendiri. Hal-hal rumah kena settlekan sendiri; rumah ni dah la besar okey kalau nak kemas. Kena masak sendiri, kalau sakit mesti pandai-pandai cari jalan nak sihatkan badan. Lepastu keselamatan adalah tanggungjawab kau sendiri. Kalau husband aku ada kompem automatik aku jadi manja gila, sakit nak kena 24/7 jaga, tolong kemas bilik. Hehe

2. Lebih fokus pada diri sendiri
Zaman aku di maktab dulu, pernah seorang kakak ni (dia dah berkahwin) cakap, kita jauh dari suami ni la peluang nak mencantikkan diri.. Boleh diet, boleh pakai losyen, pakai mask muke malam-malam, kalau dia (suami) ada mana sempat nak buat semua ni. Ha, betul jugak kan?

3. Kau lebih fokus pada kerja
Sebab kau takde urusan rumahtangga di rumah, balik dari kerja ko urus diri sendiri je, tak perlu masak utk orang, xperlu kendong anak sana sini, kena layan anak nangis lagi. Haha. Tapi part ni aku 50-50 sikit la. Sebab setiap hari aku teringat dekat rumah, dekat family, dekat husband. Bila sorang2 ni la aku rasa makin hopeless, kadang2 bila stress sangat tu aku menangis, berharap ada orang yang peluk dan tenangkan aku. Nak cerita masalah kat orang pun, orang lain banyak masalah sendiri. So, aku memang tak fokus sangat dekat kerja bila rindu tu datang.

4. Lebih banyak peluang beribadat dan ruang untuk ingat pada Allah
Pada situasi macam ini, aku memang rasa teruji dan cara yang paling baik adalah berserah pada Allah. Bila rasa sunyi tu, kadang2 aku pasang ayat-ayat al-quran atau zikir. Tapi aku personally suka dengar zikir, surah tu bagus juga tapi aku suka baca sendiri. Tapi kebanyakan masa lagha jugak aku, aku pasang lagu kuat2, karaoke macam orang sewel dan main game. Harap2 aku boleh lebihkan ke arah kebaikan lepasni ye tak.

Sebenarnya, tak best pun hidup seorang diri. Mungkin menyeronokkan untuk orang introvert tp pada aku, introvert pun nak didengari, nak disayangi. Aku ni bukan pandai sangat bersosial, mesra pun tak. Tapi ada masanya aku nak meluahkan perasaan, nak menangis, nak ketawa dengan manusia. Jadi, tinggal seorang diri ni bukan pilihan aku lah.

Harapnya masa aku di sekolah ni akan berakhir tahun ni. Aku betul2 nak pindah. Nak hidup dengan suami, dengan family.
Amin.

No comments:

Post a Comment