Friday, April 13, 2018

Assalamualaikum 2018

Alhamdulillah hari ini hati tergerak nak mengemaskini blog. Theme, layout blog kita ubah ikut citarasa semasa. hehe

Dalam tempoh beberapa tahun aku tak menulis ni, ada beberapa perubahan yang sebenarnya tak lah penting untuk orang lain, tapi bermakna dalam hidup aku.

Yang pertama, aku berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2012. 
Sebenarnya aku dah hampir putus asa dengan diri sendiri dan memang rasa give up sangat untuk belajar. Puncanya, aku stress dan penat. Tapi aku bersyukur, sebab sentiasa ada je insan yang beri aku semangat untuk teruskan belajar dan tolong aku siapkan assignment.

Kedua, aku berjaya dipostingkan pada tahun 2013. 
Walaupun kami dijanjikan posting pada Januari 2013, tapi atas sebab tahun tu tahun mengundi, urusan kami waktu tu jadi kacau bilau. Bersyukur akhirnya dapat posting pada bulan Julai. Sementara menunggu posting, aku sempat ambil lesen kereta yang sipi2 nak gagal sebab aku menggelabah. Tapi aku dah janji dengan abang JPN untuk berlatih driving selalu hehe. 
Kemudian, aku sempat jadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah. Merasalah pengalaman mengajar Bahasa Inggeris untuk murid-murid tingkatan 4 dan MUET untuk tingkatan 6. Tapi aku mengaku dengan jujur lah, aku mengajar tak bersungguh sangat sebab aku lagi banyak bersembang dengan mereka dan melawak, berselfie sebab jiwa muda konon. Astaghfirullah. Ya Allah, halalkanlah rezekiku. 
Tentang sekolah tempat aku dispostingkan ni, maybe akan menyusul post lain sebab kisahnya panjang, dan aku pun dah disini dari 2013 sampai sekarang :) Oh ya, aku dipostingkan di Sarawak

Ketiga, aku bertunang dengan Farhad pada September tahun 2014
Yeke September? hahaha jujurnya aku dengan Farhad dua2 lousy sikit bab tarikh dan masa. Kami pun dah sekian lama tak wish each other anniversary kami mula bercouple, bertunang hahaha perlu ke? Kami pun tak pernah countdown apa-apa sambutan dalam hidup kami. Untuk orang lain mungkin perlu, tapi kami okey je kot begini buat masa ni. hehe.

Keempat, aku selamat diperisterikan oleh Mohd Farhad bin Daud pada tahun 2015. Alhamdulillah.
Sebenarnya, nak berubah dari satu fasa ke satu fasa dalam hidup tak pernah mudah. Semasa tarikh dah betul-betul dekat nak kahwin, aku rasa macam nak cancelkan aje sebab takut nak jadi seorang isteri. Tapi syukur Allah izinkan aku rasa nikmat bahagia menjadi seorang isteri. Aku doakan sesiapa yang bakal berumahtangga dapat melalui fasa ini dengan mudah dan tahu bahawa nikmat bercinta selepas kahwin tu bukan direka-reka orang tapi benar-benar belaka. Dan aku sempat la merasa menenangkan seorang best friend aku yang sama nervous macam aku pada malam sebelum dia bernikah hehe.

Dan itu ajelah tahun-tahun penting yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tempoh aku hilang dari dunia blog ni. Sebenarnya ada banyak peristiwa lain tapi mungkin maknanya lagi besar untuk orang-orang di sekeliling aku jadi aku akan tuliskan dalam post-post lain. InshaaAllah, doakan aku istiqamah menulis.

Jadi, semoga kita bertemu lagi untuk sesiapa yang membaca post ini. Assalamualaikum..

p/s : Okey tak post ni? Kenapa aku rasa matang betul masa menulis ni , tak macam bertahun-tahun yang dulu. Dulu, tulis sikit delete, dah siap tulis pun gigih semak satu persatu ejaan dan pastikan punchline ngam haha. Sekarang ni, aku menulis dengan muka yang serius k. hahaha. Dan aku malas nak edit apa-apa. hehe k, sekian.

No comments:

Post a Comment