Thursday, February 7, 2019

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Alhamdulillah, untuk rekod diri sendiri, aku dan suami dah berpindah balik for good dari Sarawak ke tempat lahir aku berkuatkuasa Januari 2019. Jadi buat masa ini, kami akan mencurahkan bakti dan ilmu untuk anak-anak jati Negeri Sembilan khasnya anak-anak kampung aku sendiri. Happy, happy yang tak terungkap dek tutur kata, tak tertulis dek tangan. Ini dah tentunya impian setiap pasangan atau keluarga yang berjauhan kan. Syukur, tempoh kami berjauhan dari satu sama lain, keluarga dan rakan-rakan selama 5 tahun setengah berakhir jua. Di kesempatan ni, aku doakan buat yang masih menunggu kputusan positif eg-tukar, berjaya pada tahun ini Aminnn. 

Untuk pengetahuan, aku dan suami tinggal bersama mak dan abah aku. Bila adik-adik aku bercuti, kadang-kadang ada la muka Yayah, ada muka Affan. Aku dan suami sekarang sedang struggle untuk sesuaikan diri dengan kesibukan kerja. Aku sendiri secara peribadinya struggle nak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri; menyediakan makan pakai suami, melayan suami dan menjaga kebajikan suami. Ni semua rase sangat baru untuk aku, jadi aku selalu feeling-feeling pengantin baru bila kitorang berdua hahaha.

Dan untuk tatapan pembaca yang budiman semua, projek pertama kami bila berpindah ialah menyediakan office untuk keselesaan kami berdua membuat kerja jadi boleh dikatakan bilik tu dan 70% siap. Suami aku tinggal nak tambah langsir dan aksesori-aksesori lain supaya bilik tu cosy dan best untuk buat kerja, melepak dan tetamu pun selesa untuk tunaikan solat.

Ni keadaan bilik sebelum direnovate, barang untuk bertempur dah ada dekat tepi tu haha

See, it was a lot of works. Barang nak kena clear, and dinding crack sangat-sangat

This man is so particular. Dia memang pergi sand paperkan dinding tu bagi licinnn

Next, we painted the wall with gray paint cuz nak nampak eksklusif gitu

Abah pun kerja keras tau. Plaster here, there and everywhere before we painted every wall and ceilings

Finally, can you believe this? nampak macam bilik baru kan? huhu Alhamdulillah lega tengok outcome bilik ni

Filling in the racks with our favourite books. I love it!  


Next project, aku nak update blog dengan lebih kerap dan maybe aku akan share benda-benda yang aku suka sekarang, atau aku akan santai-santai update pasal life aku, lifestyle aku, tentang sekolah etc etc. Tapi aku mesti ingatkan, apa-apa yang baik dari blog ni silalah ambil manfaatnya tapi mana yang nampak buruk atau salah, jadikanlah pedoman dan harapnya korang semua dapatlah doakan yang baik-baik untuk aku dan keluarga. Terima kasih banyak-banyak tau.

Bye!


Sunday, October 14, 2018

Our Dream Home

Assalamualaikum and hello..
On the 5th of October, my husband made a sudden visit to my area, where he took the earliest flight to Sibu and took a bus to Nurliana's cafe in Selangau. That was so brave of him considering the fact that it was his first time coming here. I came with kak Sheeda and we ordered some food as we were getting hungry. As the food arrived, so did my husband's bus.

I am soooo thankful to finally see his face. We had a quick dinner, went to a shop to buy some things and my husband drove using kak Sheeda's car to bring us back home.

Please bear in mind that after almost three years getting married, this is my first time ever bringing my husband to my house, and believe me that I was not bothered at all to clean up my house. It was a mess; except for my toilet as I like my toilet sparkly and clean. Haha.

My husband first impression, wow your house is soo big. Haha I know rightttt, and I knew he was eyeing all the dust and mess I made hahahaha. We settled down our stuff and we had a nice and looong chat before we went to sleep. Aha, I might as well told you readers that my school's electricity is supplied by supposedly 2 generators but one of them went kapoot, meaning we have to 'catu' our electricity and this has been going on for months okay. I reminded Farhad that at 1 o'clock the power will turn off and he might feel hot or sweaty as the fan will stop. He said, ehhh I don't mind, I can handle it.

At one oclock, my eyes went automatically open like a hawk and I hurriedly switched on my trusted mini fan and put it next to my husband's face. And I went back to sleep. Heh3 good wife deed is doneee. However, when I woke up in the morning, the fan was next to my face! Oh darling, you are sooo sweet okay I felt like crying and hugging him but I dont want to disturb his sleep. He looked tired.

I, feeling like the good wife, happily boiled some water to make a drink for my hubby but I didnt have milo, so I went next door to ask for some Milo and had a little chit chat with kak Sheeda before came back home. We had breakfast made by kak Sheeda (I have no fridge, no food stock as well, so can you see how messed up my life is?) and soon after we went back home, my husband made up my room. He cleaned up everything and made sure everything is clean and cicak-less. Hahahahaha omg did I summon someone far away from Miri just to clean up my room? hahaha

At 11, we went to Mukah and my husband asked to go to DIY and he bought a lot of things for my room. And we checked in in a small hotel room.

Fast forward to night, he later told me that he enjoyed staying in my house (really? Cleaning up the mess I made and wipe all the dust and tahi cicaks?? hahaha) he told me he dreamed of having a house for both of us to live in. Ahhhh.....

That was when it hits me. I really wanted to cry at that time but I managed to held it all in. He said, he wanted a place for both of us to settle down. A place where he can design and decorate the house according to our likings. Where we can eat together, do activities together. When he came to my house last night, it feels like as if his dream is turning into a reality. He felt excited to decorate my room, to make it lively and homey. Even it was just for a day, it made his heart content and he enjoyed the moment we spent together, in a space where we can call it a home.

I remembered on 2017, we were stoked when we were invited to book a key for a Prima house but the house we were eyeing for was fully booked. I was a little disappointed but it took me until now to realise that my husband was heartbroken. He wanted to settle down so bad, so that he and I can finally start our life together. He even mentioned of moving in to Mukah so that we can be together. I can only smile upon listening to his suggestion.

After he went back to Miri, I added the things he bought for my room and voila, it did make my room nicer and cosier. It felt more like home and it made me think, Oh this is what a nice home made you feel. Accepted, safe and comfortable. And it made me miss him more.

Us at Mukah 'international' airport bwahahaha


Dear friends,
Farhad and I are a couple who wishes to lead a life like a normal couple, but what is normal anyways? At this moment, meeting once every month, living in a hotel room and dining in restaurants are our normals. While I do secretly enjoy the nice hotel rooms and good food, it lacks the personal touch and the feeling only a home gives.
Sooooo.... Please pray that we can finally be together, search for a house in southern area and able to experience the joy of living together in a place where we called home. Thank you.

Wednesday, July 4, 2018

Diari PJJ 1#

Assalamualaikum

Baru sahaja tadi, aku pasang impian untuk berbaring di sisi suamiku sebelum tidur nanti. Sambil aku rangkul lengannya, aku ingin bercerita tentang perjalanan hariku pada dia. Pagi tadi aku berusaha menukar password SAPS sehingga beberapa kali cubaan. Aku hendak mengadu yang password terbaru untuk masuk ke SAPS sungguh menyusahkan. Aku juga hendak memberitahu yang rezeki makanku cukup baik hari ini. Lauk kari ayam yang dibawa kak Sheeda masih elok  walaupun cuma tinggal kuah dan kentang, jadi ku panaskan kuah kari itu dan ku goreng telur mata untuk dimakan dengan nasi. Alhamdulillah. Beberapa jam kemudian, Zahir pula datang menghulurkan nasi goreng dan ayam blackpepper. Wah, memang meriah makanan aku hari ini.

Aku juga sempat menonton filem The Kissing Booth petang tadi. Aku akan mengusiknya yang aku suka lelaki macam hero dalam cerita itu kerana lelaki itu tinggi. Aku akan melihat dia mencebik sebelum dia membalas kata-kataku dan akhirnya dia yang akan cepat-"cepat memelukku semula kerana bimbang aku bertukar ke mood merajuk. Haha.

Sebelum tido, kami akan melayan handphone masing-masing sambil menunjukkan perkara menarik yang kami temui di insta dan facebook. Kadangkala, suamiku akan membuka episod terbaru Running Man dan kami akan ketawa besar melihat aksi lucu mereka. Kadang-kadang, akan ada seorang yang akan kecundang dulu dek mengantuk yang amat sangat. Siapakah antara kami yang kecundang itu jeng jeng jeng.. Hehe.
Kemudian, suami akan menggosok mana-mana tempat yang sengal dan sakit sambil berterima kasih atas apa yang ku buat pada hari ini. Kami akan berpelukan, konon-konon ingin tidur bagaikan dalam cerita drama romantis sebelum masing-masing mengambil posisi selesa kami berdua di bantal masing-masing. Haha. Kadangkala aku akan tertidur di lengan suamiku namun aku bimbang lengannya sakit kerana aku kan kepala batu.

Sekarang,

aku menanti whatsapp darinya mengucapkan selamat malam dan menyatakan betapa dia mencintai diriku dan berharap agar tidurku lena dan aku bermimpi yang indah indah. Pada bila aku biasanya akan menatap wajahnya yang sedang tenang tidur dan mengucup dahinya; aku di sini menyanyi kecil, berpusing pusing mencari posisi selasa di atas tilam nipis ini, menyapu tiger balm di tempat yang sengal sendiri,

sambil memasang impian yang tidurku lena malam ini seorang diri.

PJJ - Perhubungan Jarak Jauh

Tuesday, June 26, 2018

Mengadu Pada Dia

Assalamualaikum

Sehari lepas aku ada update di status whatsapp yang aku tiada tempat mengadu. Betul, aku banyak menyimpan perasaan tapi banyak juga yang aku luahkan pada orang lain dan status status aku di whataapp, fb dan instagram. Walaupun begitu, hati aku rasa bercelaru, aku rasa luahanku seperti diejek. Orang pun mungkin sudah berasa jelek.

Setelah sekian lama, akhirnya  malam ini aku mencuba semula untuk mengadu perasaan aku pada dia. Semasa aku mengadu, air mata aku tak berhenti-henti mengalir. Segalanya bagai terlayang di depan mata aku

Aku banyak menyimpan kesedihan dalam diri.

Aku seorang penghutang. aku tak hidup mewah tapi masih boleh tidur di dalam rumah, makan secukupnya, tapi aku tiada perkembangan lain. Aku tiada aset, tiada simpanan, tiada rumah seperti rakan rakan lain dan gaji aku setengahnya habis untuk membayar hutang peribadi dan membeli tiket kapal terbang.

Aku seorang isteri yang tak menunaikan tanggungjawabnya pada suami. Aku cuma mampu berterima kasih kepada Allah setiap kali rakannya memasak untuknya, memberi makanan kepadanya, menjaga emosinya dan menjaga sakit peningnya. Syukur suamiku independant, boleh juga menjaga dirinya dengan baik dan memasak makanan yang aku rasakan enak melalui kiriman foto melalui whatsapp.

Aku seorang wanita yang masih belum ada zuriat. aku yakin, aku pernah hamil 2-3 minggu tapi kandunganku tak kukuh kerana terlalu letih dan aku angkat barang berat. aku turun darah sambil menanggung kesakitan seorang diri. aku gagahkan berpantang ikut kemampuan aku sendiri. aku sarung stokin setiap malam, aku minum air suam, perlahankan kipas dan aku teruskan buat rph sampai satu pagi walaupun air mata aku tak henti-mengalir dek sakit dan kesedihan menanggung kehilangan seorang diri. Aku sampai tidak balik ke Semenanjung kerana perasaan aku terlalu fragile, suami yang banyak menghiburkan hati aku dalam tempoh tersebut.

Aku juga anak yang tak berpeluang berbakti pada ibu bapaku. Sejak aku mula bekerja hingga hari ini, aku masih tak mampu berada dekat dengan mereka selalu dan menjaga pakai minum mereka. Aku akan balik dalam keadaan terlalu letih kerana perjalanan yang jauh dan panjang, menjadikan mereka yang menjaga aku dan menberi aku makan dan keselesaan. Aku mahu menjaga mereka, bawa mereka berjumpa doktor untuk checkup, belikan mereka pakaian dan barang-barang baru, bawa mereka pergi bercuti dan menjaga mereka waktu sakit.

Aku berusaha mencari sisi positif dalam hidupku dalam waktu sukar ini tapi hampa. Jiwa aku kosong. Aku masuk ke dalam kelas tanpa ada sekelumit rasa apa dan keluar setelah tamat masa mengajar. Umpama robot yang tiada perasaan. Pandanganku pada mereka kosong, tiada rasa kasih dan empati. Aku sungguh sayangkan mereka, tapi hati aku sendiri tercarik-carik. Aku cuma minta untuk pulang, pulang pada sarang aku.

Semua di atas ini kuluahkan tanpa sebarang suara walaupun air mata aku setia mengalir. Aku yakin dia mendengar dan memahami apa yang tersirat dalam hati aku. Dan akhirnya, aku dapat juga ketenangan yang ku cari-cari. Walaupun luahanku tiada balasan suara, tiada pelukan dan tiada jawapan, aku beroleh ketenangan. Jawapan dan balasan aku peroleh dalam bentuk ketenangan hati. Allahuakbar, betapa aku cari orang untuk meluahkan kesedihan, akhirnya pada Dia yang aku pandang sepi inilah yang memberikan aku ketenangan. Terima kasih ya Allah..

Semoga kau perkenankan hajat2ku dan hajat suamiku ya Allah..

Sunday, April 22, 2018

Kelebihan Tinggal Seorang Diri

Assalamualaikun,

aku menulis hari ini dari katil bilik aku di sekolah seorang diri.
Mesti ada yang membaca ni tertanya kenapa aku tinggal seorang diri sedangkan aku dah berumah tangga haha.

Sebenarnya, dah dua tahun lebih aku dan suami melalui perhubungan jarak jauh atau 'pjj'. Bukan dengan suami je, malah dengan keluarga kami.

Permohonan kami belum berjaya lagi. Malah yang serumah dengan aku dah lama berpindah, ada yang posting selepas aku pun dah berpindah. Sebab tu aku tinggal seorang diri, aku je yang belum dapat pindah.

Jadi, untuk mencari sisi positif pada kekurangan hidup aku sekarang, aku cuba senaraikan kelebihan tinggal seorang diri.

1. Kau lebih bertanggungjawab
Betul juga ni, sebab kau kena prepare semua sendiri. Hal-hal rumah kena settlekan sendiri; rumah ni dah la besar okey kalau nak kemas. Kena masak sendiri, kalau sakit mesti pandai-pandai cari jalan nak sihatkan badan. Lepastu keselamatan adalah tanggungjawab kau sendiri. Kalau husband aku ada kompem automatik aku jadi manja gila, sakit nak kena 24/7 jaga, tolong kemas bilik. Hehe

2. Lebih fokus pada diri sendiri
Zaman aku di maktab dulu, pernah seorang kakak ni (dia dah berkahwin) cakap, kita jauh dari suami ni la peluang nak mencantikkan diri.. Boleh diet, boleh pakai losyen, pakai mask muke malam-malam, kalau dia (suami) ada mana sempat nak buat semua ni. Ha, betul jugak kan?

3. Kau lebih fokus pada kerja
Sebab kau takde urusan rumahtangga di rumah, balik dari kerja ko urus diri sendiri je, tak perlu masak utk orang, xperlu kendong anak sana sini, kena layan anak nangis lagi. Haha. Tapi part ni aku 50-50 sikit la. Sebab setiap hari aku teringat dekat rumah, dekat family, dekat husband. Bila sorang2 ni la aku rasa makin hopeless, kadang2 bila stress sangat tu aku menangis, berharap ada orang yang peluk dan tenangkan aku. Nak cerita masalah kat orang pun, orang lain banyak masalah sendiri. So, aku memang tak fokus sangat dekat kerja bila rindu tu datang.

4. Lebih banyak peluang beribadat dan ruang untuk ingat pada Allah
Pada situasi macam ini, aku memang rasa teruji dan cara yang paling baik adalah berserah pada Allah. Bila rasa sunyi tu, kadang2 aku pasang ayat-ayat al-quran atau zikir. Tapi aku personally suka dengar zikir, surah tu bagus juga tapi aku suka baca sendiri. Tapi kebanyakan masa lagha jugak aku, aku pasang lagu kuat2, karaoke macam orang sewel dan main game. Harap2 aku boleh lebihkan ke arah kebaikan lepasni ye tak.

Sebenarnya, tak best pun hidup seorang diri. Mungkin menyeronokkan untuk orang introvert tp pada aku, introvert pun nak didengari, nak disayangi. Aku ni bukan pandai sangat bersosial, mesra pun tak. Tapi ada masanya aku nak meluahkan perasaan, nak menangis, nak ketawa dengan manusia. Jadi, tinggal seorang diri ni bukan pilihan aku lah.

Harapnya masa aku di sekolah ni akan berakhir tahun ni. Aku betul2 nak pindah. Nak hidup dengan suami, dengan family.
Amin.